Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Acar Buah | Acar Tahun

Resepi Acar Buah | Acar Tahun -Sekarang telah bermulanya cuti sekolah bagi anak-anak kita. Jadi, menjadi kebiasaan bagi keluarga yang membuat kenduri kahwin pada musim cuti persekolahan. Ibu mertua saya telah mendapat tempahan membuat acar tahun untuk kenduri kahwin abangnya. Jadi sambil membantu ibu mertua menyediakan bahan untuk 1,500 orang, saya pun ambil sedikit resepi acar tahun yang sedang dibuatnya itu.

Resepi Acar Buah | Acar Tahun


Tengok gambar kat bawah ni pun dah terliur dibuatnya. Acar tahun ni mother in law buat pun jarang-jarang. Ada lah setahun sekali. Tapi acar buah ni boleh tahan sampai setahun taw...


Bahan-bahan membuat acar buah atau acar tahun:-


Bahan-bahan kisar :
  • 4 inci halia
  • 6 biji bawang putih
  • 10 biji bawang kecil
  • 5 sudu udang kering
  • 2 cawan lada kisar
  • garam
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air asam jawa
  • minyak untuk menumis

Bahan potong :

  • 250 g bawang kecil (kerat 2)
  • 250 g bawang putih (kerat 2)
  • 100 g jeruk ceri merah
  • 100g jeruk ceri kuning
  • 100g jeruk asam dipotong
  • 100g buah prun (dipotong 6)
  • 100 g asam merah (nak letak lebih pun boleh)
  • 100 g jeruk sengkuang (dipotong dadu)
  • 100 g kismis
  • 100 g lobak putih/masin
  • 100 g buah kana
  • 20 biji cili padi (digoreng) 

Cara-cara Membuat acar tahun:

1. panaskan minyak, goreng dulu bawang putih dan bawang kecil yang dipotong..bila dah kekuningan,
angkat dan toskan.
2. Tumis bahan kisar hingga garing
3. masukkan gula, garam
4. masukkan semua jeruk yang telah di potong dan gaul rata
5. masukkan air asam, biarkan mendidih
6. Tambahkan perisa, jika suka boleh tambah gula melaka...
7. Kacau sampai sebati dan boleh angkat bila terbit minyak.


Nota:

Resepi Acar Buah di atas ini adalah anggaran untuk dua balang kecil acar buah. 


Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close