Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Ayam Kentucky Masak Masam Manis

Resepi Ayam Kentucky Masak Sweet Sour atau masam manis. Kalau tengok dalam blog kayoomanis.com ni saya banyak share resepi berasaskan ayam. Nak buat macam mana semua orang dalam rumah kami suka makan ayam. Kalau nak makan ikan, yang besar dan remeh sikit nak masak.. kami akan makan di luar.

Ayam mudah nak di gayakan. Masak apa saja pasti habis. Kali ni saya nak share ayam masak sweet sour atau masam manis. Ayam tu saya goreng dulu dengan tepung segera Kentucky. Maka jadilah resepinya Ayam Kentucky Masak Sweet Sour.

Info masak sweet sour:

Ayam Kentucky Masak Sweet Sour
Gambar hiasan
Kalau tak nak rasa masam lebih jadi masam, lepas asam keping digunakan, bila dah siap proses memasak. Tutup api. Dan keluarkan asam keping. Lagipun sos tomato dah buat masakan anda jadi masam juga.

Boleh juga masukkan nenas yang dipotong dadu ke dalam sweet sour anda. Lebih sedap dan menyengat.

Resepi Ayam Kentucky Masak Masam Manis @ Sweet Sour


Bahan-bahan:

Bahan goreng ayam;

1/2 ekor ayam potong kecil
1 cawan tepung goreng ayam segera Kentucky
1 biji telur
Minyak masak secukupnya

Bahan sweet sour:

1 biji bawang besar - potong bulat
2 ulas bawang putih - dihiris
5 tangkai cili hidup - dihiris
1 inci halia - dihiris
1 keping asam keping
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
Garam dan gula secukupnya

Cara Menyediakan Ayam Kentucky Masak Sweet Sour


Ayam Kentucky Masak Sweet Sour

1. Goreng ayam. Caranya pukul telur sebentar. Celupkan ayam dalam telur, kemudian balut dengan tepung segera ayam Kentucky. Goreng dalam minyak yang penuh. Bila dah kekuningan, angkat. Ketepikan.

2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, dan cili hidup hingga wangi. Masukkan asam keping.

3. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau rata.

4. Masukkan ayam goreng Kentucky dan kacau sebentar.

5. Perisakan dengan garam dan gula.

Hidangan ayam kentucky masak sweet sour siap untuk dihidangkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close