Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sayur Bendi Goreng Telur Yang Sedap

Sayur Bendi Goreng Telur Yang Sedap. Saya suka sangat sayur bendi goreng telur, masak rangup - rangup tanpa air. Bila masuk mulut punyalah sedap, makan dengan nasi panas pun cukup. Last week kita orang makan kat satu restoran asam pedas. Order lah sayur feveret Bendi Goreng telur. You all tahu berapa harga sepiring sayur tersebut? Okay, harga dia RM10.30. Nampak tak harga sayur tu mahal berbanding kita beli bendi mentah satu bungkus baru RM4.30. Dapat goreng banyak pula tu..

Sayur bendi goreng telur ni saya matchkan dengan kari ayam. Kesukaan my family. Jadi, makan bertambah lah all my heroes.. alhamdulillah.

Resepi Sayur Bendi Goreng Telur Yang Sedap


Bahan-bahan:

1 bungkus bendi goreng - potong serong
5 tangkai cili padi - hiris
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 biji telur
Sedikit ikan bilis
Garam secukupnya

Cara masak bendi goreng telur yang sedap

Sayur Bendi Goreng Telur Yang Sedap

1. Tumis bahan hiris kecuali bendi. Masukkan ikan bilis sekali. Goreng hingga naik bau.

2. Masukkan bendi. Hingga separuh masak

3. Pecahkan telur. Kacau rata.

4. Perisakan dengan garam. Matikan api bila telur telah masak.

Selamat mencuba.

Jangan goreng terlalu lama sayur bendi tu, nanti terlebih goreng rasa liat pulak. Sekadar masak dan tak layu. Kalau goreng lama sangat, nanti keluar lendir. Tak best dah..




Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close