Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tips Dan Resepi Buat Agar-Agar Santan Paling Mudah

Saya nak kongsi Tips Dan Resepi Buat Agar-Agar Santan Paling Mudah yang saya dah pun buat dan memang menjadi, tak menyesal follow resepi dari FB ni..

Saya ikut cara-cara yang diajarkan dari FB dan hasilnya memang terbaik. Boleh rujuk pada gambar yang saya sertakan.

Bila agar-agar tali anda sudah berwarna contohnya merah.. tak perlu lah letak gula melaka. Gantikan dengan sukatan gula pasir ditambah. Jika tidak, warna merah anda kurang menyerlah, macam saya punya. Haha..




Tips Dan Resepi Buat Agar-Agar Santan Paling Mudah


Bahan-bahan:

1 bungkus agar-agar tali
4 cawan air
1 cawan santan pekat
1/4 cawan gula pasir
1 biji telur
1 cawan air gula melaka/ gula merah
Sedikit garam
2 helai daun pandan

Cara dan tips buat agar-agar santan yang pasti jadi dan tak lembik


1. Panaskan 4 cawan air ke dalam periuk.
2. Basuh agar-agar dan masukan ke dlm air yang mendidih. Biarkan agar-agar hancur.
3. Masukan gula pasir. Biarkan hingga mendidih. Masukan daun pandan.
4. Kemudian masukkan air gula melaka ke dalam  agar-agar, masak seketika.
5. Masukan santan ke dalam mangkuk dan masukkan telur. Pukul seketika.
6. Tuangkan bancuhan santan dan telur tadi ke dalam periuk. Masak hingga mendidih apabila bancuhan telur dan santan dimasukan. Masukan sedikit garam jika suka. Kena kacau selalu.
7. Tutup api dan boleh dituang ke dlm acuan kuih lompang. Kalau tak ada acuan lompang boleh tuang dlm loyang atau bekas plastik. Bila sejuk boleh dihidangkan.



Tips supaya agar-agar cantik lapisannya;

1. Semasa santan dan telur dah dimasukkan dalam agar-agar, buka api besar-besar dan kacau selalu. Supaya airnya tak melimpah. Bila dah mendidih, matikan api. Insyaa Allah, lapisan agar-agar anda pasti menarik dan terpisah atas dan bawahnya.

2. Jika anda nak lapisan santan dan telurnya nipis sahaja, anda boleh kurangkan sukatan santan tersebut, contohnya dari 1 cawan kepada 1/2 cawan sahaja.

Selamat mencuba ya.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close