Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Menu Ringkas Makan Malam Di Musim Cuti

Apakah menu korang malam ni, kan jatuh hari cuti hujung minggu yang panjang sempena birthday YDP Agong & awal muharam.. ada yang makan kat luar bersama family tersayang? Walau apa yang anda masak, walau kat mana kita makan, yang penting bersyukurlah dengan nikmat-nikmat Allah.

Semalam baru hantar anak yang sulung balik asrama. Jalan jem merata-rata. Naik kematu punggung dibuatnya. Kemudian hujan turun selebat-lebatnya sewaktu kami menuju ke JB. Bila musim hujan begini, berhati-hatilah memandu ya..


Menu Ringkas Makan Malam Di Musim Cuti


Saya masak menu ringkas je. Apa agaknya menu saya tu? Baiklah..

Saya masak ayam goreng berempah, ikan kerisi goreng dan sayur lemak putih tauhu dengan kacang panjang. Sedap dearrr..

Menu Ringkas Makan Malam Di Musim Cuti

Ayam goreng berempah tu saya perap satu malam. Memang sedap sangat, lembut je isi ayam. Dengan rasa serai dan ketumbar.. lagilah tak cukup sepinggan nasi ya..

Oh ya.. sambal belacan jangan dilupa. Saya buat simple je sambal belacan tu. Goreng semua bahan seperti cili padi, bawang besar, belacan @ ikan bilis. Kemudian tumbuk, jangan kisar tau. Sebab kalau kisar, sambal belacan akan berair.. tak berapa kaw.. haha

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close