Cara Buat Kerepek Pisang Tanduk | Siapa yang suka makan kerepek pisang? Dan, ada yang tak sukakannya? Saya rasa kebanyakan orang suka makan kerepek terutamanya kerepek yang jarang kita dapat beli selalu kerana harganya yang agak mahal. Kalau mahu berjimat sedikit, apa kata kita buat kerepek sendiri.
Untuk perkongsian bersama, saya berikan resepi buat kerepek guna pisang tanduk. Tiap kali raya saya akan buat sendiri dan kalau dah malas sangat, tempah daripada rakan-rakan. Memang biasanya saya akan buat kerepek pisang daripada pisang tanduk. Boleh juga guna pisang nipah, dan yang lainnya tetapi rasa lemak rangupnya tak akan sama dengan pisang tanduk.
Kat tempat saya (JB), kerepek pisang tanduk dijual pada harga sekitar RM15 - RM18 setengah kilogram. Boleh tahan juga harganya.. sebab pisang tanduk mentah pun memang dah mahal.
Bahan-bahan:
Cara membuatnya/menggoreng:
Nota:
Pisang tanduk tidak perlu ditambah pewarna kerana warna asalnya sahaja sudah cukup menonjolkan kesegaran sesuatu kerepek itu.
Ada juga rakan saya yang tak dapat hasil yang dikehendaki ketika menggoreng pisang tanduk. Sebenarnya mudah saja, jangan parut atau sagat dulu pisang tanduk dalam dulang dan sebagainya, konon nak senang. Ia akan jadikan pisang tanduk jadi pucat dan bila digoreng ia jadi lebam.
So, nak goreng baru sagat atas kuali. Kena tahan sikitlah.. tapi hasilnya kerepek pisang tanduk anda akan cantik, kuning, rangup dan sedap sekali.
Selamat mencuba!

Sumber Google |

Cara Buat Kerepek Pisang Tanduk Yang Sedap Dan Rangup
Bahan-bahan:
- 1 sisir pisang tanduk (lebih kurang 5-8 biji) - di buang kulitnya
- Air garam
- Pisau penyagat
- Minyak masak
Cara membuatnya/menggoreng:
- Panaskan minyak dalam kuali
- Sagat pisang tanduk di atas kuali bagi mengelakkan pisang itu lebam (warna pucat)
- Renjiskan air garam ikut citarasa - lebihkan jika mahu masin sedikit
- Bila warna pisang tanduk bertukar kuning keperangan, bolehlah di angkat dan masukkan ke dalam bekas yang kedap udara.
Nota:
Pisang tanduk tidak perlu ditambah pewarna kerana warna asalnya sahaja sudah cukup menonjolkan kesegaran sesuatu kerepek itu.
Ada juga rakan saya yang tak dapat hasil yang dikehendaki ketika menggoreng pisang tanduk. Sebenarnya mudah saja, jangan parut atau sagat dulu pisang tanduk dalam dulang dan sebagainya, konon nak senang. Ia akan jadikan pisang tanduk jadi pucat dan bila digoreng ia jadi lebam.
So, nak goreng baru sagat atas kuali. Kena tahan sikitlah.. tapi hasilnya kerepek pisang tanduk anda akan cantik, kuning, rangup dan sedap sekali.
Selamat mencuba!
1 Comments
Tqs
ReplyDelete