Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Ikan Parang Masak Singgang Yang Segar

Resepi Ikan Parang Masak Singgang Yang Segar - Salam cuti sekolah buat semua wanita yang bergelar isteri dan ibu. Budak-budak cuti sekolah, tapi emak emak kena masak jugak. Saya tak mahu stress, kali ni nak kongsi resepi berpantang yang simple. Pada hari ini saya akan kongsikan lagi resepi istimewa bagi mereka yang dalam pantang. Iaitu lepas melahirkan anak. Kalau dalam pantang operation luka dan sebagainya pun  boleh..

Resepi Ikan Parang Masak Singgang


Ikan Parang Masak Singgang Yang Segar

Bahan-bahannya:-

2 keping ikan parang.
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
2 cm halia muda
2 cm kunyit hidup
2 cawan air
Air asam jawa
Garam secukupnya

Cara membuatnya:-

1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, kunyit hidup, dan halia muda hingfa lumat.
2. Masukkan kesemua bahan-bahan yang sudah ditumbuk ke dalam periuk bersama dua cawan air. Masukkan juga air asam jawa. Jika tiada asam jawa boleh juga gantikan dengan asam keping. Biarkan mendidih.
3. Setelah kuah mendidih masukkan pula ikan parang. Buarkan sehingga isi ikan masak.
4. Hidang bersama dengan nasi panas.

Ikan Parang Masak Singgang Yang Segar
Dari blog En Mat Gebu
Bagi menambahkan penghasilan susu badan, makan bersama ulam pegaga. Seeloknya makan ulam pegaga bersama akarnya sekali.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close