Resepi Ikan Selar Kuning Masak Lemak Cili Api. Ikan selar kuning antara ikan yang kita orang suka beli, sebab ikan selar boleh dimasak macam-macam seperti asam pedas, lemak cili api dan masak sambal pun sedap. Sebab ikan ni tak mudah hancur bila dimasak. Goreng garing dengan kunyit dan garam pun sedap.
Nota tambahan:
Tak nak buang masa, jom kita cuba resepi ikan selar kuning masak lemak cili api yang sedap dan mudah.
Resepi Ikan Selar Kuning Masak Lemak Cili Api
Bahan-bahan:
6 ekor ikan selar kuning - sederhana besar
1 biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
10 biji cili padi - kisar
2 tangkai cili hidup - kisar
1 inci halia - kisar
1 keping asam keping
4 biji belimbing buluh - jika suka
4 biji belimbing buluh - jika suka
1 kotak santan - Kara
2 batang serai - diketuk
Minyak untuk menumis dan garam secukupnya
Cara menyediakan Ikan Selar Kuning Masak Lemak Cili Api
1. Tumus bahan kisar dan serai hingga naik bau.
2. Masukkan ikan selar kuning dan kacau perlahan. Masukkan asam keping. Biarkan ikan masak sebentar.
3. Masukkan santan kotak yang telah dibancuh dengan air - agar tak berketul
4. Bila masakan dah mendidih, kecilkan api. Masukkan garam secukupnya.
5. Siap untuk dihidangkan.
Nota tambahan:
1. Kalau ikan tak mahu hancur, goreng sebentar hingga kuning sebelum dimasak
2. Boleh juga masukkan sedikit ikan bilis yang dikisar untuk rasa lemak cili api yang lebih sedap.
Selamat mencuba resepi ikan selar kuning masak lemak cili api. Semoga kita berjumpa di lain resepi pula.
Selamat mencuba resepi ikan selar kuning masak lemak cili api. Semoga kita berjumpa di lain resepi pula.
0 Comments