Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Bubur Sum Sum Dessert Untuk Berbuka

Bubur Sum Sum Dessert Untuk Berbuka. Dah rezeki hari ini, ada makhluk Allah yang baik hati beri kami semangkuk bubur sum sum. Tak jadi papa bagi orang yang bersedekah dalam bulan ramadan, malahan nilai sedekahnya digandakan oleh Allah SWT. Dapat manisan untuk berbuka, kemudian memang dah lama saya teringin nak makan bubur sum sum ni. Alhamdulillah..

Bubur sum sum adalah dessert yang legend, dari zaman mak kita sampailah zaman kita yang dah jadi mak-mak pula. Betul tak? Bubur ni tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.. 😊😊

Bubur Sum Sum Dessert Untuk Berbuka
Gambar imej Google

Bubur Sum Sum Dessert Untuk Berbuka

Bubur Sum Sum Dessert Untuk Berbuka


Jom kita lihat bahan-bahan dan cara buat bubur sum-sum yang amat sedap sekali.

Bahan-bahan;
(Resepi dari sumber ini)

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT BUBUR SUM-SUM


3 helai daun pandan - dicuci dan diikat kemas
3 cawan air
1 cawan santan
1 cawan tepung beras

CARA MENYEDIAKAN BUBUR SUM-SUM


1. Dalam periuk, campurkan semua bahan di atas. Kacau hingga sebati.

2. Letakkan periuk di atas api kecil dan kuar sehingga menggelegak

3. Angkatkan periuk dari atas tungku dapur.

4. Untuk memudahkan kerja, tuangkan adunan ke dalam jug.

5. Tuangkan kedalam acuan kecil. Atau boleh juga mengunakan loyang sahaja. Ketepikan.

6. Sediakan pula air gula merah sperti di bawah.

7. Apabila hendak makan, sudukan bubur sum-sum ke dalam mangkuk kecil. Tuang air gula merah ke atasnya.

BAHAN UNTUK MEMBUAT AIR GULA MERAH UNTUK BUBUR SUM-SUM


Gula pasir secukup rasa (ikut suka)
Gula merah - 3 sudu makan
Air 1 cawan
2 helai daun pandan (dicuci bersih dan di potong-potong)

CARA MEMBUAT AIR GULA MERAH UNTUK BUBUR SUM-SUM


1. Dalam periuk yang lain, campurkan semua bahan-bahan di atas.

2. Kuarkan atas api sederhana sehingga mendidih (sehingga daun pandan kering)

3. Angkat dari tungku dapur.

4. Tapiskan ke dalam bekas yang bakal digunakan untuk menghidang.

Alhamdulillah.. sedap sangat bubur sum sum yang saya dapat tadi. Rasa lemak, masin dan lembut tekstur tepung berasnya memang tak dapat digambarkan. Kemudian dimakan bersama kuah gula melaka yang manis pekat. Memang sepadan betul.. 

Yang nak mencuba resepi di atas, dipersilakan ya..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close