Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Selera Kampung Yang Asli. Pada bulan ramadhan yang mulia ini ramai yang berniaga untuk menambah pendapatan sampingan dengan kemahiran memasak yang ada. Bila berjalan ke bazar ramadan, banyak yang saya cari tetapi cari menu yang "rare" saja. Kalau yang dah biasa memang tak minat nak beli.
300 gram daging salai
Rebung secukupnya, hiris nipis, cuci dan celur, toskan (anggaran 3 cawan)
1 keping asam gelugor
2 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat
800 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS
1/3 cawan cili padi kampung, che mat campur yang warna hijau dan merah
2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1. Cuci daging salai, toskan dan masukkan ke dalam periuk (beli yang memang dah siap hiris, jadi tak perlu potong lagi).
Salah satu sebab saya suka bazar ramadan adalah kerana dapat merasai resepi-resepi yang jarang dapat makan pada bulan biasa, seperti botok-botok, kerabu sotong dan urap, kuih muih dari luar negeri Johor dan air katira Johor yang amatlah sedap!!
Saya beli je kat bazar ramadan bila tadi teringin nak makan. Belum ada masa nak masak sendiri. Nanti kalau saya masak, saya akan share kan dengan anda semua ya..
Saya beli je kat bazar ramadan bila tadi teringin nak makan. Belum ada masa nak masak sendiri. Nanti kalau saya masak, saya akan share kan dengan anda semua ya..
Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Selera Kampung Yang Asli
Marilah sama-sama kita belajar masak daging salai masak lemak cili api, belajar sampai pandai. Jangan pandai makan je.. hehe. Resepi ni saya share dari blog tiffinbiru kepunyaan En Mat Gebu.
Bahan-bahan;
Rebung secukupnya, hiris nipis, cuci dan celur, toskan (anggaran 3 cawan)
1 keping asam gelugor
2 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat
800 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS
1/3 cawan cili padi kampung, che mat campur yang warna hijau dan merah
2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
CARA MENYEDIAKANNYA;
1. Cuci daging salai, toskan dan masukkan ke dalam periuk (beli yang memang dah siap hiris, jadi tak perlu potong lagi).
2. Masukkan asam gelugor, serai dan bahan-bahan kisar halus. Gaul rata dan masak hingga mendidih.
3. Tuang santan cair, kacau dan masak dengan api sederhana hingga daging lembut.
4. Masukkan rebung, kacau rata dan masak sekejap. Tambah pati santan dan daun kunyit. Kacau perlahan.
5. Perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Masak hingga rebung lembut, gunakan api sederhana dan kacau sentiasa.
6. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi panas dan lauk-lauk lain.
Selamat mencuba! Inilah resepi dari tiffin biru yang boleh anda ikuti jika nak masak daging salai masak lemak cili api yang sedap ala selera kampung.
0 Comments