Jom share dan buat juadah popular di pagi raya. Juadah Popular Dan Resepi Terbaik Untuk Hari Raya Aidil Fitri. Aduhaii.. raya dah sampai. Sedih pulak terpaksa berpisah dengan Ramadhan. Rindulah nanti nak makan sahur bersama-sama, terkenang lah nanti pengalaman tarawih, tak boleh move in kegembiraan menanti waktu berbuka. Ya dak?
Apakah juadah pilihan anda sekeluarga bila tiba hari raya? Nasi dagang? Nasi minyak? Atau pun anda lebih suka ketupat, kembali kepada tradisi nenek moyang kita? Ada juga yang suka bakar sate di hari raya, yang itu memang win..
Pilihan kami tentulah juadah tradisi seperti ketupat, rendang, sambal kacang, sambal goreng, ayam masak kicap atau pun ayam masak merah. Bila ada kombinasi juadah popular ini, rasa complete dah raya kami...
Jom tengok juadah hari raya kami dengan resepi terpilih yang pasti membuatkan anda terliur. Yang itu eden tak dapat nak nolong, okay...
Buat ketupat senang aje, rebus beras dalam sarung ketupat kemudian dah masak, angkat. Resepinya.. tak perlu kut. Kalau nak sedap letak garam sikit ketika rebus ketupat. Baru mabeles.. haha..
Nah tengok cara buat sarung ketupat..
>>>>>> Langkah Demi Langkah Buat Ketupat Satay
Sebab apa dipanggil special, kerana waktu hari raya aje saya atau keluarga akan masak ayammasak kicap dengan bahan yang lengkap, jika tidak saya akan buat ayam masak kicap ringkas, tak ada bubuh segala rempah ratus.. hihi
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
sebiji ubi kentang
1 biji bawang besar
3 biji cili hidup merah
2 sudu besar cili kisar
Daun saderi diracip
Sedikit Susu F&N pekat manis
Lada Hitam
Rempah penumis (Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
Bahan Untuk Kuah Kicap:
1/2 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Cara cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan-bahan kisar tadi sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili masak dan hilang bau cili.
2. Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga sebati kemudian masukkan 2 gelas air masak.
3. Setelah masakan mendidih, masukkan sedikit susu pekat, serbuk lada hitam, bawang besar dan cili hidup tadi. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng bersama kunyit sebelum ini. Kacau beberapa minit dan matikan api. Taburkan daup sup untuk hiasan.
Sudah tentu sayur lodeh adalah sayur wajib pada hari raya. Tak ada lodeh? Mana nak cari, jangan risau jiran sebelah rumah pasti ada yang mengunjung dengan hidangan yang serupa pada petang sebelum raya atau pada malam raya. Itu dah tradisinya..
Bahan-bahan:
Bahan Kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar udang kering
Bahan- Bahan Sayur
10 batang kacang panjang - dipotong pendek/serong
2 biji kentang - di potong dadu/kecil
1 batang carrot - di potong 1 inci - tapi nipis
1/4 biji kobis - di hiris
1/2 kg udang - dibuang kulit dan toskan
1/4 biji sengkuang- di potong 1 inci -tapi nipis
2 keping tahu kering- di rendam dan potong kecil
1 ikat kecil soo hoon- di rendam dan potong kecil
2 keping tempe - digoreng dan potong kecil
2 keping tauhu - di goreng, dah sejuk di potong kecil
2 batang cili merah - di potong serong
2 batang serai - di titik
3 cawan santan cair*
3 cawan santan pekat*(guna 2 biji kelapa parut, kalau guna santan kotak, guna 2 kotak..., 200ml setiap satu kotak, selebihnya tambah air)
garam dan sedikit gula
1/2 cawan minyak untuk menumis
Cara menyediakan Resepi Kuah Lodeh Terbaik Dan Paling Sedap
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar. Masukkan serai yang di titik.
2. Tumis hingga terbit minyak. Masukkan sedikit air dan masukkan kentang yang di potong dadu tadi.
3. Masak hingga sedikit empuk
4. Masukkan carrot, kacang panjang dan sengkuang. Jangan lupa masukkan udang. Gaul sebati.
5. Masukkan soo hoon, tahu kering, tempe, tahu dan kobis.
6. Masukkan santan cair dan biarkan sehingga mendidih sambil di kacau.
7. Masukkan cili merah yang di potong serong tadi dan masukkan santan pekat.
8. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Biarkan mendidih.
9. Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan bolehlah di hidangkan.
Haa.. resepi yang ini tak semua orang buat. Sebab, agak leceh dan bahan-bahan pun meriah.. lepas tu nak kena goreng dulu. Dah goreng baru lah boleh dimasak. Tapi makan sambal goreng dengan ketupat aje pun dah sedap.
Bahan-bahan:
10 keping tauhu
10 keping tempe
½ kilo daging
½ kilo mempedal ayam
½ kilo hati ayam
½ kilo udang basah (sederhana besar)
tempe,tauhu potong kecil dan goreng.
daging,direbus potong kecil kemudian digoreng
Mempedal hati ayam potong kecil kemudian digoreng
Udang dibersihkan
Bahan tumis:
¼ kilo lada merah
¼ kilo lada hijau
20 batang lada kering
6-7 biji bawang besar dihiris
5-6 biji bawang putih dihiris
2 batang serai dititik
2 inci lengkuas dititik
1 biji santan pekat
Asam jawa/belacan(air rebusan daging)
Gula, garam, perasa
Cara-cara Memasak Sambal Goreng Johor
1. Panaskan minyak, masukkan cili kering yang dikisar halus goreng hingga baunya naik.
2. Kemudian masukkan hirisan bawang besar dan bawang putih,lada merah dan lada hijau, kacau sehingga rata. Masukkan serai dan lengkuas
3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang digoreng seperti tempe, tauhu, daging, mempedal ayam, hati ayam, udang dan kacau sehingga rata.
4. Kemudian masukkan air perahan asam jawa dan belacan masukkan gula,garam,dan perasa dan santan pekat, jika suka boleh bubuh petai.
5. Masak dengan api yang perlahan hingga sebati.
Sambal kacang dengan ketupat serta lodeh dah jadi satu makanan tradisi orang Johor. Sebut menu tiga serangkai ni, semua terfikir tentang masyarakat Johor. Negeri lain, lain pula menu faveret mereka. Kan?
Bahan-bahan:
200gm kacang tanah - goreng tanpa minyak dan kisar
1/2 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
500ml air
Bahan kisar:
7 tangkai cili kering
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1/2 cm halia
1/2 cm lengkuas
2 biji buah keras
Sedikit belacan
Rendang daging sedap dan pedas.. haha, letak lebih cili pedas lah jadinya. Kemudian lebihkan daun kunyit dengan daun limau purut. Kakak saya rajin masak rendang sate.. sedap wehh!
Bahan-bahan:
1 kg daging
Sedikit limpa - jika suka
1/2 kg bawang merah - hiris
1 1/2 labu bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
2 inci lengkuas - tumbuk
1 inci kunyit hidup - tumbuk
2 batang serai - titik
2 senduk cili kisar - ikut suka pedas
Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
2 kg santan
1-2 keping asam keping - ikut rasa
Garam
Gula
Daun kunyit
Sedikit kerisik
Cara-cara menyediakan rendang daging
1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris serta serai sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan kunyit serta lengkuas yang ditumbuk. Tumis sehingga cili benar benar garing.
2. Masukkan daging yang telah direbus terlebih dahulu dan gaul rata. Masukkan santan dan masak dengan api perlahan sahaja.
3. Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. Jika suka, boleh taburkan daun kunyit yang dihiris halus dan daun limau purut sebelum ditutup api.
Itulah cerita resepi juadah hari raya kami sekeluarga. Cukup tak? Nak tambah lagi? Kuih raya? Makan je apa yang ada.. haha
#Salamlebaran
Apakah juadah pilihan anda sekeluarga bila tiba hari raya? Nasi dagang? Nasi minyak? Atau pun anda lebih suka ketupat, kembali kepada tradisi nenek moyang kita? Ada juga yang suka bakar sate di hari raya, yang itu memang win..
Pilihan kami tentulah juadah tradisi seperti ketupat, rendang, sambal kacang, sambal goreng, ayam masak kicap atau pun ayam masak merah. Bila ada kombinasi juadah popular ini, rasa complete dah raya kami...
Juadah Popular Dan Resepi Terbaik Untuk Hari Raya Aidil Fitri
Jom tengok juadah hari raya kami dengan resepi terpilih yang pasti membuatkan anda terliur. Yang itu eden tak dapat nak nolong, okay...
A. Ketupat
Buat ketupat senang aje, rebus beras dalam sarung ketupat kemudian dah masak, angkat. Resepinya.. tak perlu kut. Kalau nak sedap letak garam sikit ketika rebus ketupat. Baru mabeles.. haha..
Nah tengok cara buat sarung ketupat..
>>>>>> Langkah Demi Langkah Buat Ketupat Satay
B. Ayam Masak Kicap Special
Sebab apa dipanggil special, kerana waktu hari raya aje saya atau keluarga akan masak ayammasak kicap dengan bahan yang lengkap, jika tidak saya akan buat ayam masak kicap ringkas, tak ada bubuh segala rempah ratus.. hihi
Gambar hiasan |
1 ekor ayam
sebiji ubi kentang
1 biji bawang besar
3 biji cili hidup merah
2 sudu besar cili kisar
Daun saderi diracip
Sedikit Susu F&N pekat manis
Lada Hitam
Rempah penumis (Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
Bahan Untuk Kuah Kicap:
Kicap Pekat Jalen
Kicap manis Jalen
Sos tomato Jalen
Sos tiram Jalen
Bahan bahan untuk dikisar:
Kicap manis Jalen
Sos tomato Jalen
Sos tiram Jalen
Bahan bahan untuk dikisar:
1/2 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Cara cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan-bahan kisar tadi sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili masak dan hilang bau cili.
2. Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga sebati kemudian masukkan 2 gelas air masak.
3. Setelah masakan mendidih, masukkan sedikit susu pekat, serbuk lada hitam, bawang besar dan cili hidup tadi. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng bersama kunyit sebelum ini. Kacau beberapa minit dan matikan api. Taburkan daup sup untuk hiasan.
C. Sayur Lodeh
Sudah tentu sayur lodeh adalah sayur wajib pada hari raya. Tak ada lodeh? Mana nak cari, jangan risau jiran sebelah rumah pasti ada yang mengunjung dengan hidangan yang serupa pada petang sebelum raya atau pada malam raya. Itu dah tradisinya..
Gambar hiasan - Sayur Lodeh |
Bahan Kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar udang kering
Bahan- Bahan Sayur
10 batang kacang panjang - dipotong pendek/serong
2 biji kentang - di potong dadu/kecil
1 batang carrot - di potong 1 inci - tapi nipis
1/4 biji kobis - di hiris
1/2 kg udang - dibuang kulit dan toskan
1/4 biji sengkuang- di potong 1 inci -tapi nipis
2 keping tahu kering- di rendam dan potong kecil
1 ikat kecil soo hoon- di rendam dan potong kecil
2 keping tempe - digoreng dan potong kecil
2 keping tauhu - di goreng, dah sejuk di potong kecil
2 batang cili merah - di potong serong
2 batang serai - di titik
3 cawan santan cair*
3 cawan santan pekat*(guna 2 biji kelapa parut, kalau guna santan kotak, guna 2 kotak..., 200ml setiap satu kotak, selebihnya tambah air)
garam dan sedikit gula
1/2 cawan minyak untuk menumis
Cara menyediakan Resepi Kuah Lodeh Terbaik Dan Paling Sedap
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar. Masukkan serai yang di titik.
2. Tumis hingga terbit minyak. Masukkan sedikit air dan masukkan kentang yang di potong dadu tadi.
3. Masak hingga sedikit empuk
4. Masukkan carrot, kacang panjang dan sengkuang. Jangan lupa masukkan udang. Gaul sebati.
5. Masukkan soo hoon, tahu kering, tempe, tahu dan kobis.
6. Masukkan santan cair dan biarkan sehingga mendidih sambil di kacau.
7. Masukkan cili merah yang di potong serong tadi dan masukkan santan pekat.
8. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Biarkan mendidih.
9. Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan bolehlah di hidangkan.
D. Sambal Goreng Raya
Haa.. resepi yang ini tak semua orang buat. Sebab, agak leceh dan bahan-bahan pun meriah.. lepas tu nak kena goreng dulu. Dah goreng baru lah boleh dimasak. Tapi makan sambal goreng dengan ketupat aje pun dah sedap.
Gambar hiasan - Google |
10 keping tauhu
10 keping tempe
½ kilo daging
½ kilo mempedal ayam
½ kilo hati ayam
½ kilo udang basah (sederhana besar)
tempe,tauhu potong kecil dan goreng.
daging,direbus potong kecil kemudian digoreng
Mempedal hati ayam potong kecil kemudian digoreng
Udang dibersihkan
Bahan tumis:
¼ kilo lada merah
¼ kilo lada hijau
20 batang lada kering
6-7 biji bawang besar dihiris
5-6 biji bawang putih dihiris
2 batang serai dititik
2 inci lengkuas dititik
1 biji santan pekat
Asam jawa/belacan(air rebusan daging)
Gula, garam, perasa
Cara-cara Memasak Sambal Goreng Johor
1. Panaskan minyak, masukkan cili kering yang dikisar halus goreng hingga baunya naik.
2. Kemudian masukkan hirisan bawang besar dan bawang putih,lada merah dan lada hijau, kacau sehingga rata. Masukkan serai dan lengkuas
3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang digoreng seperti tempe, tauhu, daging, mempedal ayam, hati ayam, udang dan kacau sehingga rata.
4. Kemudian masukkan air perahan asam jawa dan belacan masukkan gula,garam,dan perasa dan santan pekat, jika suka boleh bubuh petai.
5. Masak dengan api yang perlahan hingga sebati.
E. Sambal Kacang
Sambal kacang dengan ketupat serta lodeh dah jadi satu makanan tradisi orang Johor. Sebut menu tiga serangkai ni, semua terfikir tentang masyarakat Johor. Negeri lain, lain pula menu faveret mereka. Kan?
Gambar hiasan - kuah kacang atau sambal kacang |
200gm kacang tanah - goreng tanpa minyak dan kisar
1/2 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
500ml air
Bahan kisar:
7 tangkai cili kering
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1/2 cm halia
1/2 cm lengkuas
2 biji buah keras
Sedikit belacan
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan kacang yang di kisar, air dan air asam jawa. Masukkan air yang lebih pun tidak mengapa kerana kacang tadi akan meresap air yang berlebihan.
3. Masak hingga kuah pekat.
4. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Bila siap bolehlah di hidangkan dengan nasi impit

F. Rendang Daging Marvelous
Rendang daging sedap dan pedas.. haha, letak lebih cili pedas lah jadinya. Kemudian lebihkan daun kunyit dengan daun limau purut. Kakak saya rajin masak rendang sate.. sedap wehh!
Gambar hiasan - Rendang Daging |

0 Comments