Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sate Campur Dengan Puyuh Percik Menu Berbuka Puasa Sekeluarga

Sate Campur Dengan Puyuh Percik Menu Berbuka Puasa Sekeluarga. Dalam bulan ramadan al mubarak ni kami sekeluarga kerap pulak beli sate dan ayam percik. Tetapi semalam, ada menu baru iaitu puyuh percik. Benda-benda yang jarang dapat memang kita orang akan cari waktu dalam bulan ramadan. Jadi, berbuka puasa tu rasa menarik dan bersemangat nak habiskan makanan yang dibeli. Almaklum, saya manalah reti nak masak sate dan puyuh percik atau ayam percik.

Kalau puyuh oercik tu kita orang ratah macam tu je. Daging puyuhnya rangup dan mudah digigit. Tak liat. Kalau yang pakai gigi palsu tak perlu risau. Hehe..


Sate Campur Dengan Puyuh Percik Menu Berbuka Puasa Sekeluarga


Sate yang kami beli biasanya dari rakan suami yang dah biasa berjualan. Bertahun lamanya. Kuah kacang dia memang amat sedap, macam kuah kacang mak kita masak time raya.

Jom layan gambar kami berbuka puasa dengan sate dan puyuh percik.


Kuah sate yang amat sedap. Kacang dia pun hancur halus tetapi masih terasa butir kacangnya. Sate campur antara ayam dan daging. Memang lembut, secukup masak dan rasa manis daging sate amatlah segar.



Puyuh percik, nampak tak tu warna kuahnya. Merah menyala!! Tapi taklah pedas menyengat. Pedas ala kadar je. Tapi memang sedap. 2 ekor pun nampak besar saiz puyuh tu.




Perkongaian sekadar coretan santai, mungkin boleh beri idea kepada pembaca blog nak berbuka apa esok lusa. Jika tak tahu nak buka apa, berbuka sate campur dengan puyuh percik pun sedap. 

Selamat berpuasa.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close