Nasi goreng simple. Nasi goreng tak nak sayur. Itulah permintaan si kecil. Kalau ada sayur dia tak nak makan. Tapi, kadang saya buat degil je. Letak kobis potong halus-halus. Kobis kan putih. Sama warna nasi. Kalau nasi gorengnya sedap, dia telan je sayur tu.. hehe
Resepi nasi goreng simple saya hanya guna bahan asas dan semua sekadar hiris halus sahaja. Itu pun anak saya kata sedap tak ingat dunia. Boleh dia habiskan satu kuali. Nasiblah nak oiii... asal kamu bahagia.
Cili padi warna merah, baru nampak menarik sikit nasi goreng kita.. ❤❤
Cili padi warna merah, baru nampak menarik sikit nasi goreng kita.. ❤❤
Terbaca kisah kat FB bagaimana seorang ibu meluahkan bahawa kehidupannya adalah semata-mata nak buat anak-anaknya bahagia, walau diri sendiri tak bahagia. Sebab itu saya pesan pada anak-anak, bila dah besar nanti.. bahagiakanlah ibubapamu, sebagaimana mereka sebegitu sewaktu kamu kecil dan meningkat dewasa.
Nasi Goreng Simple, Hanya Pecahkan Telur Pun Dah Sedap!
Sempat buatkan sarapan nasi goreng simple Untuk si kecil |
Resepi nasi goreng simple
3 cawan nasi yang disejukkan
1 biji bawang - hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris halus
5 tangkai cili padi merah - hiris halus
Garam secukupnya
Secukup rasa maggi
4 biji telur
1 mangkuk kobis - hiris halus
Cara membuatnya;
1. Tumis semua bahan hiris kecuali kobis. Biarkan hingga naik bau. Masukkan garam dan kacau rata.
2. Ketepikan tumisan dalam kuali. Pecahkan telur. Biar telur masak dalam keadaan hancur kasar. Gaul dengan bawang dan bahan kisar tadi.
3. Masukkan nasi. Gaul rata dengan semua bahan dalam kuali.
4. Perisakan nasi goreng simple anda. Kemudian masukkan 2 sudu teh secukup rasa maggi. Gaul sebentar.
5. Masukkan sayur kobis anda. Bila sayur dah layu, matikan api.
Nasi goreng simple telah siap untuk dimakan. Saya tak letak ikan bilis goreng dan sebagainya sebab si kecil tak suka. Kalau orang dewasa nak ikan bilis, saya akan goreng asing.
Oh ya, nasi goreng saya pun tak ada belacan. Kami tak berapa gemar, so senang cerita kalau nak makan sambal belacan dan sebagainya, beli kat kedai makan.
Selamat mencuba.
1 Comments
anak2 saya tak suka kobis, nanti diasingkan nya juga. last2 nasi goreng letak telur dan bawang blender terus :D
ReplyDelete