Resepi Roti Telur Yang Amat Ringkas. Nak sarapan apa tak ada idea? Jom kita pakat buat roti telur yang mudah untuk family tersayang. Belum habis buat semua, tengok dalam piring asyik lesap je. Ada "pencuri" roti telur dalam rumah ni gamaknya.. 🤣🤣🤣
Tapi tak apa, roti gardenia pun ada banyak lagi. Kita buat lagi sampai depa kenyang bagai nak muntah. Okay!
Jom kita tengok resepinya ya kekawan..
Resepi Roti Telur Yang Amat Ringkas
5 biji telur
1 sudu kecil garam
Sedikit minyak
Cara membuat roti telur yang amat mudah
1. Pecahkan telur dalam mangkuk. Pukul hingga kembang dan masukkan dengan 1 sudu kecil garam. Gaul rata
2. Panaskan kuali non stick ya. Sapukan sedikit minyak, tak sapu pun tak apa. Tak melekat pun
3. Potong dua roti gardenia dan celupkan satu persatu ke dalam bancuhan telur tadi (macam dalam gambar)
4. Masak atas api sederhana je
5. Dah kekuningan roti telur tu, angkat dan hidangkan panas-panas
Sekian resepi yang amat mudah untuk sarpaan kita iaitu roti telur. Tak perlu cili atau bawang semua. Anak-anak tak berapa suka. Kalau mak bapak nak juga, asingkan bancuhan telur tadi.
Settle. Selamat mencuba.
2 Comments
saya suka roti telur tapi anak2 plak yg tak suka, jenggg krenggg. hahahahaa
ReplyDeletebole sua aq buat sarapan sndiri. makasih bos.
ReplyDelete