Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Buat Apam Tepung Gandum Sedap Dan Mudah

Cara Buat Apam Tepung Gandum Sedap Dan Mudah. Memang mudah nampak gayanya, sebab tu meronta-ronta hati nak buatnya. Tetapi bahan-bahan yang ada kat rumah ni belum mencukupi. Ada sesetengahnya ngak ada tu.. kena cari dulu. Hehe

Ramai yang dah cuba ya nampank gayanya semua menjadi. Warna pun cantik je, hijau lembut gitu. Itu kalau nak ikut resepi asal la, kalau nak guna pewarna hitam pun boleh. Tapi ada ke pewarna warna hitam? Kena usaha carilah kalau mati-mati nak warna gitu.. 🤔🤔🤔

Cara Buat Apam Tepung Gandum Sedap Dan Mudah

Cara Buat Apam Tepung Gandum Sedap Dan Mudah

Dah lah warnanya lembut, selembut dan gebunya apam tepung gandum kita.

RESEPI APAM TEPUNG GANDUM


Bahan-bahan:

1 ¹/² cawan tepung gandum
1 cawan air suam
1 sudu teh yis mauripan
3 sudu besar gula
Sedikit pewarna hijau (optional)
Secubit garam
Sedikit minyak- untuk sapu loyang.

Bahan lain:

1. 1 cawan kelapa parut putih + secubit garam. (ketepikan).

Cara buat apam tepung gandum


1. Campur tepung, yis, gula dan garam dalam bekas yang besar. Masukkan pewarna ke dalam air suam sikit demi sikit sambil dikacau. Habiskan secawan air tersebut dan kacau hingga dapat adunan yang kental.

2. Sapu loyang dengan sedikit minyak supaya apam mudah dikeluarkan bila masak nanti.

3. Tuang adunan tadi ke dalam loyang. Tutup dan biarkan 1/2 jam supaya adunan mengembang.

4. Sementara itu panaskan kukusan hingga air mendidih. Pastikan air mendidih baru dikukuskan apam supaya apam naik dan gebu. Jika kukusan tidak panas, apam akan bantat iaitu tidak naik dengan gebu.

5. Kukus selama 1/2 jam.. Jika adunan banyak atau saiz kuih besar tambahkan masa mengukus. Begitu juga jika kuih dikukus dalam cawan- cawan kecil. Kurangkan masa mengukusnya.

Nota:

Biar apam sejuk sedikit sebelum dipotong dengan pisau tajam. Potong secara lembut seperti menggergaji supaya potongan apam cantik. Jika dipotong secara menekan seperti memotong puding. Apam akan kemek dan jadi padat dan tidak cantik.

Hidangkan bersama minuman panas.. selamat mencuba 😅😅

Dari sumber facebook:
#AirTanganKakMB #itsdonebyKakMB

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

close