Cara Buat Nasi Goreng Paling Simple. Kali ni saya nak share cara masak nasi goreng cili kering pula. Biasa kan kita buat nasi goreng pakai cili padi, so kali ni kita guna cili kering. Nak memudahkan, guna cili boh pun tak apa. Lagi senang kerja kita kat dapur. Hehe..
Satu kelebihan nasi goreng guna cili kering ianya tak berapa pedas berasap berbanding cili padi. Budak-budak pun boleh makan nasi goreng ni. Anak saya pun suka bebenor.. dia kata buat nasi goreng warna merah. Haha..

Cara Buat Nasi Goreng Cili Kering Paling Simple
Bahan-bahan:
1 mangkuk nasi semalam
2 sudu besar cili boh (cili kering)
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 biji telur
Garam dan serbuk perisa secukupnya.
Sedikit sayur kobis/ sawi - dihiris
Sedikit sayur kobis/ sawi - dihiris
Cara Buat Nasi Goreng Cili Kering Paling Simple
1. Goreng telur dan hancurkan. Ketepikan seketika.
2. Panaskan minyak. Tumis cili boh separuh masak, baru masukkan hirisan bawang putih dan bawang merah. Biarkan hingga naik bau.
3. Kemudian masukkan nasi. Gaul semua hingga rata.
4. Perisakan dengan garam dan perisa.
5. Masukkan telur hancur tadi. Gaul seketika. Siap untuk dihidangkan.
Kalau nak hiaskan dengan daun sup pum boleh. Oleh kerana anak-anak tak suka ada sayur dalam nasi goreng, maka saya pun tak bubuh sayur. Tapi kalau anda makan sayur, boleh letak kobis yang dihiris. Waktu nak matikan api tu, masukkan kobis tersebut biar layu sedikit.
Selamat mencuba.

0 Comments