Resepi Mee Kari Ayam Mudah Tapi Sedap. Dalam blog kisahresepi.com ni ada beberapa kali juga saya share resepi mee kari. Samada mee kari kerang atau ayam, dua-dua pun sedap. Saya suka je asalkan namanya mee kari. Haha.. saya mula makan mee kari ketika zaman muda-muda dulu waktu kerja kilang part time sementara tunggu result STPM. Ingat lagi mak cik tu jual mee kari bawah pokok. Setiap kali tunggu van kilang, kita orang beli sorang sebungkus mee kari tu dengan cili padi lebih. Yang hiasan cili tu.. lagi pedas lagi best!!
** 1 ekor ayam dipotong kecil dan dibersikan. Jangan buang tulangnya, masukkan ketika memasak kuahnya lagi best!
Bahan untuk dikisar:
1) 2 biji bawang merah besar - dikisar
2) 2 ulas bawang putih - dikisar
3) 2 cm halia - dikisar
4) 2 bungkus kecil rempah kari Adabi - dikisar
5) 1 sudu kecil serbuk kunyit
6) 1 kotak santan
7) minyak untuk menumis
8) air masak
1. Panaskan minyak dalam periuk dengan api sederhana. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar seperti bawang merah, bawang putih, halia, serbuk kari ke dalam periuk sehingga naik baunya.
4. Masukkan dua atau tiga cawan air ke dalam kuah dengan mengikut citarasa sendiri atau bergantung kepada kepekatan kuah.
5. Masukkan daun kari dan daun sawi sebagai penambah rasa. Daun sawi masakkan sebentar saja. Daun kari dapat menambahkan keenakan mee kari dan lebih sedap untuk dimakan.
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih sebentar.
Bahan Hiasan
~ 1 paket mee kuning dicelur (1kg punya)
~ 4 biji tauhu digoreng dan dihiris
~ 2 keping fish cake dihiris
~ Sawi
~ Limau nipis dan cili merah yang dihiris
~ Bawang goreng untuk ditabur
~ 4 biji telur di rebus
~ Daun sup dan daun bawang di hiris halus
~ Taugeh
~ Daun kari
Bila dah kahwin dan ada anak, rajin la pulak buat sendiri. Segala bahan buat mee kari saya dah hafal, nak letak seafood seperti sotong atau udang pun boleh. Ikut citarasa masing-masing.
Resepi Mee Kari Ayam Mudah Tapi Sedap
Bahan Utama:
Bahan untuk dikisar:
1) 2 biji bawang merah besar - dikisar
2) 2 ulas bawang putih - dikisar
3) 2 cm halia - dikisar
4) 2 bungkus kecil rempah kari Adabi - dikisar
5) 1 sudu kecil serbuk kunyit
6) 1 kotak santan
7) minyak untuk menumis
8) air masak
Cara Menyediakan Kuah Mee Kari
1. Panaskan minyak dalam periuk dengan api sederhana. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar seperti bawang merah, bawang putih, halia, serbuk kari ke dalam periuk sehingga naik baunya.
kuah mee kari, gambar dari Google |
2. Masukkan isi dan tulang ayam yang telah dibersihkan. Kacau rata dengan bahan kisar tadi. Biarkan lebih kurang 10 minit agar ayam dan tulang menjadi lembut.
3. Kemudian masukkan santan untuk memekatkan kuah. Selepas lebih kurang 10 min, masukkan fish cake atau bebola ikan, dan tauhu yang digoreng tadi.
4. Masukkan dua atau tiga cawan air ke dalam kuah dengan mengikut citarasa sendiri atau bergantung kepada kepekatan kuah.
5. Masukkan daun kari dan daun sawi sebagai penambah rasa. Daun sawi masakkan sebentar saja. Daun kari dapat menambahkan keenakan mee kari dan lebih sedap untuk dimakan.
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih sebentar.
7. Mee kari sedia untuk dihidang.
Bila kuah mee kari ayam sudah siap dimasak, bolehlah dihidang mengikut kreativiti tekak masing-masing...hihi. Apa yang saya buat, fish cake dan tauhu goreng dimasukkan terus dalam kuah kari tadi. Lebih menyerap rasa kuahnya...
Bahan Hiasan
~ 1 paket mee kuning dicelur (1kg punya)
~ 4 biji tauhu digoreng dan dihiris
~ 2 keping fish cake dihiris
~ Sawi
~ Limau nipis dan cili merah yang dihiris
~ Bawang goreng untuk ditabur
~ 4 biji telur di rebus
~ Daun sup dan daun bawang di hiris halus
~ Taugeh
~ Daun kari
Selamat mencuba.
Mee kari ayam ni memang simple, yang nampak banyak adalah bahan-bahan hiasan untuk nak makan mee kari ni.
Selamat menjamu selera.
Mee kari ayam ni memang simple, yang nampak banyak adalah bahan-bahan hiasan untuk nak makan mee kari ni.
Selamat menjamu selera.
0 Comments