Sarapan Popia Sayur Dan Karipap Segera. Apa anda buat untuk breakfast ketika #PKP ini? Atau dah bosan tak tau nak buat apa macam saya? Semua dah cuba, nasi lemak, nasi goreng, jemput-jemput rangup atau yang manis. Semua sudah. Apa lagi? Lempeng cicah sambal tumis dan banyak lagi. Ada tak yang saya miss out? Hehe..
Semua sarapan di atas mudah je nak buat. Kerana tak perlu usaha susah payah nak cari resepi. Namun ada beberapa menu sarapan yang saya beli segera je, frozen punya. Atau order delivery. Apa dia? Menu breakfast yang saya pernah order pepagi buta adalah roti canai, lontong basah, nasi ambang asli, dan juga mee goreng. Hehe
Sarapan Popia Sayur Dan Karipap Segera
Selain order delivery, saya juga ada stok sarapan segera iaitu karipap dengan popia sayur. Itu semua ketua keluarga yang beli. Beli bukan sikit-sikit ya. Dah lah karipap beli bekas besar, kemudian beli dari pelbagai jenama. Kalau 3 bungkus, ketiga 3 nya lain jenama. Entah apa tujuan pun eden tak faham. Mungkin beliau lepas gian dah lama tak ada chance berbelanja. 😂😂😂
So, hari ni kami breakfast popia sayur campur dengan karipap segera. Hmm.. Karipap kurang sikit rasa intinya tetapi kulit dia rangup. Popia sayur pula kena makan masa panas, jika tidak popianya cepat lemau bila dah sejuk. Macam tak tahan lama. So kena goreng sikit-sikit tetapi kerap. Habis tu, macam mana nak perabis 2 bungkus popia sayur yang setiap bungkus berisi lebih 20 ketul. Tak de kerja hari-hari kena goreng popia. Sebab, jika dibiar lama rasa inti popia sayur dah lain macam.. rasa masam sikit.
So, lain kali jangan beli macam nak berniaga jer.. Itu pesanan untuk ketua keluarga tu la.. 🤣🤣🤣
So, lain kali jangan beli macam nak berniaga jer.. Itu pesanan untuk ketua keluarga tu la.. 🤣🤣🤣
0 Comments