Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Agar-Agar Milo Ringkas Dan Sedap Dengan Sukatan Cawan

Resepi Agar-Agar Milo Ringkas Dan Sedap. Agar-agar juga dipanggil lengkung oleh sesetengah orang termasuklah saya. Selama ni saya panggil lengkung je, tapi bila bercampur dengan sahabat dari berlainan negeri, dia orang tak berapa faham. So, kenalah tukar dan biasakan sebut agar-agar. Hehe.. tapi lengkung masih disebut bila berbual dengan bonda dan adik beradik sendiri. 😘😘😘

Sedikit tips;

Sebelum nak mula buat agar-agar milo di bawah, tips supaya agar-agar lembut dan sedap adalah sukatan air yang betul dan tepat sebab nanti ianya boleh lembut di tekak.

Resepi ini saya dapatkan dari blog Blogopsi, terima kasih pada empunya resepi yang sudah sudi berkongsi. Saya pernah kongsikan resepi agar-agar sebelum ini tetapi resepi ini adalah yang paling ringkas berbanding dengan resepi yang dikongsikan oleh kawan-kawan lain.

Resepi Agar-Agar Milo Ringkas Dan Sedap


Gambar Agar-Agar Milo Ringkas Dan Sedap Dengan Sukatan Cawan
Gambar hiasan

Bahan-bahan:

3 senduk milo
1 biji telur
1 pack serbuk agar-agar
3/4 tin susu pekat manis
1 kotak santan kara
1 cawan sejuk
2 cawan air panas

Cara Penyediaan Agar-Agar Milo Ringkas Dan Sedap


1. Mula-mula bancuhkan air panas bersama susu pekat manis dan milo kemudian masukkan telur dan tuangkan santan. selepas itu bancuh sekata didalam periuk.

2. Masukkan serbuk agar-agar kemudian sebatikan.

3. Tambahkan air sejuk kemudian panaskan dengan api sederhana dan sentiasa gaul bancuhan hingga mendidih kurang lebih 15 minit.

4. Matikan api dan tuangkan kedalam loyang dan biarkan sekejap hingga sejuk.

5. Akhir sekali, masukkan kedalam peti sejuk dan tunggu hingga siap untuk dihidangkan..

Aga-agar milo yang saya kongsikan ini tanpa berlapis-lapis sebab saya memang orang yang suka ringkas- ringkas sahaja. Jika nak agar-agar berlapis dengan santan dan sebagainya, anda boleh buat carian di internet dengan pelbagai resepi yang sedap-sedap dan menarik.

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close