Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Cendawan Sisir Masak Lemak Cili Api

Pernah makan cendawan sisir? Ada yang tak pernah nampak? Cendawan sisir ni sayur yang biasa dimasak oleh mak-mak kita dulu, terutamanya bila lepas hujan. Ada lah rezeki makan cendawan sisir. Hehe..

Resepi Cendawan Sisir Masak Lemak Cili Api. Inilah lauk @ sayur kenangan kami adik beradik masa kecik-kecik dulu di kampung. Iaitu kulat sisir atau cendawan sisir yang tumbuh selepas hujan pada batang kayu getah yang dah reput. Bila tumbuh pada batang kayu getah, kita orang kutip kemudian bersihkan kayu-kayu reput yang lekat kat cendawan sisir tersebut. Nak bersihkan dia senang je, rendam dalam air. Dalam besen besar sikit,, sebab nanti dia kembang. Dia dah timbul, toskan airnya dan boleh sedia dimasak.

Sebab cendawan sisir ni liat sikit, sebelum masak tu kita tumbuk-tumbuk manja dengan lesung. Biar dimasak nanti, dia taklah liat sangat. Hehe..

Punca saya masak cendawan kulat sisir ni sebab ternampak kat youtube orang masak lemak cili api. Ya Allah.. terus menggamit memori. Nak sangat makan. Maka saya search kat Shoppe, ada pulak yang jual online. Haha.. maka belilah saya 1 bungkus cendawan sisir ni dalam harga RM19.00. Campur delivery cost jadilah harga dia lebih kurang RM23.00.

Resepi Cendawan Kulat Sisir Masak Lemak Cili Api

Resepi Cendawan Kulat Sisir Masak Lemak Cili Api

Bila sampai bungkusan tu macam cinonet je, tapi bila dah dicuci dan rendam.. boleh masak 2 kali. Memang jadi banyak. Terima kasihlah pada peniaga yang dapat memenuhi keinginan saya nak makan cendawan sisir. 😅😅😅


Resepi Cendawan Kulat Sisir Masak Lemak Cili Api


Stok cendawan sisir dah dapat, beli kat Shoppe, maka tibalah masa memasaknya. Marilah tengok resepinya bersama-sama. 


Inilah rupa kulat sisir sebelum dimasak. Kalau tak kenal, boleh cari video kat youtube, ada banyak kisahnya, resepinya..

Bahan-bahan :

1 mangkuk cendawan @ kulat sisir
Segenggam ikan bilis - kisar
20 biji cili api, nak pedas lagi boleh tambah - kisar
2 sudu kecil serbuk kunyit - kisar
1 biji bawang merah besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 batang serai - hiris dan kisar
1 kotak santan pekat - bancuh dengan air dulu
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara penyediaan masak lemak cili api kulat sisir @ cendawan sisir 


1. Kulat sisir dibersihkan dengan cara merendam dalam besen dan angkat kulat yang timbul. Saya beli dari Shoppe..

2. Kemudian, tumis semua bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.

4. Masukkan cendawan sisir tadi dan gaul rata dengan perencah yang ditumis tadi. Ada orang masuk santan dulu, terpulang pada keselesaan masing-masing.

5. Masukkan pula santan pekat dan secawan air. Didihkan. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi..

6. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.

Resepi Cendawan Kulat Sisir Masak Lemak Cili Api


Siap dah cendawan sisir masak lemak cili api yang saya cari selama ini. Bau cendawan sisir ni macam ada bau kayu sikit, itulah yang jadi kenang-kenangan hingga kini. Anak saya yang sulung pun saja ajar makan sekali. Kata dia sedap jugak.

Masak lemak cili api cendawan kukur ni sedap dimasak pekat. Kalau nak letak daun pakis pun lagi menambah selera. Hehe..

Selamat mencuba👌👌

Sumber

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close