Resepi Agar-Agar Santan Gula Melaka. Ada yang panggil lengkung, itu yang biasa saya dengar dulu-dulu. Bila dah besar sikit dan banyak bercampur dengan budak-budak 'bandar' baru kenal perkataan agar-agar. Sekarang pun bila berkumpul ramai-ramai dengan adik beradik, masih lagi ada yang sebut lengkung. Hehe.. Memang menggamit memori betul. Walau apa pun sebutannya, saya suka makan agar-agar semua perisa samada ada santan atau sebaliknya. Lengkung yang kosong setakat letak perwarna merah pun saya bedal. Haha.. bonda saya suka letak warna merah je daripada warna lain. Jika pergi rumah orang ada agar-agar warna hijau atau oren, mulalah kita pelik. Padahal ia kuih yang sama. Nak buatnya punyalah senang. Dapat 3 bahan dah boleh dapat agar-agar yang sedap..
TIPS;
a) Banyak orang yang tertanya-tanya kenapa bila membuat agar-agar santan, tidak mendapat 2 lapisan seperti yang sepatutnya walaupun masing-masing selalunya dah ikut betul-betul resepi yang mereka guna. Jadi, tipsnya ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti.
b) Kalau yang suka lapisan santan tu nipis jer, kurangkan kuantiti santan di dalam resepi ye. Nanti dapatlah lapisan santan (yang bahagian atas tu), nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.
Resepi Agar-Agar Santan Gula Melaka
1 paket serbuk agar-agar 10 gm
1 liter air (4 cawan)
1 ketul gula melaka (lebih kurang 200 gm)
1/4 cwn gula pasir
250 ml santan pekat
1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
Secubit garam
2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan
Cara-cara masak agar-agar santan gula melaka
1. Masak gula melaka yang diracik halus, gula pasir bersama 1 cawan air. Masukkan daun pandan yang di simpul. Masak hingga didih dan sentiasa di kacau. Bila dah siap tapiskan dan jadikan jumlahnya 2 cawan. (Guna air yang dari 4 cawan tu ya)
0 Comments