Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Petua Dan Cara Menyukat Bahan Dalam Kek

Anda ada masalah hendak menyukat bahan-bahan dalam masakan? Tak tahu nak rujuk mana? Jangan risau kekawan...sebelum ini saya ada buat entri pasal tukar sukatan gram ke sukatan cawan. Boleh rujuk kat situ ye..Ada banyak cara menyukat bahan-bahan. Orang dulu-dulu sukat bahan dengan gelas, cawan, mangkuk, sudu makan dan ada juga yang main agak-agak saja atau cukup basah. Apabila buat kuih atau kek sekejap jadi dan sekejap tak jadi. Maklumlah, alat penyukatnya berubah-ubah, hari ni pakai cawan, esok lusa pakai mangkuk pula.

Namun kini ada pelbagai alat dicipta untuk memudahkan anda menimbang atau menyukat bahan-bahan. Ada penimbang digital, penimbang jarum(spring) atau pun cawan yang standard. Semuanya ada dijual di kedai bahan kek ataupun di pasaraya biasa. Kita biasanya gunakan timbangan metrik menggantikan timbangan paun (lb) dan aun (oz). Tetapi jika kita rajin melayari internet, kita boleh dapati resipi-resipi orang Amerika banyak yang menggunakan cawan (cup) dan paun. Memang bermasalah jika kita hendak mencuba resipi mereka kerana terpaksa menukarkannya kepada gram.
Tip Ringkas Menyukat Bahan-Bahan Dalam Masakan

Berikut adalah carta ringkas sukatan imperial dan juga metrik.

1 oz - 25 gm
9 oz - 250 gm
16oz (1 lb) - 450 gm
2 lb 4 oz - 1 kg
1 cawan mentega - 250 gm
1 cawan gula - 250 gm
1 cawan tepung - 125 gm
2 cawan tepung - 250 gm
1 camca kecil/teh - 5 gm


Tip Ringkas Menyukat Bahan-Bahan Dalam Masakan Atau Kek



1. Adalah lebih mudah dan tepat jika menggunakan penimbang digital.Saya menggunakan jenama Tanita dan telah digunakan selama lebih 5 tahun tanpa sebarang masalah.Memang berbaloi membelinya walaupun harganya agak mahal (RM130).

2. Apabila menyukat tepung, gemburkan atau ayakkan ia dahulu baru disukat atau ditimbang.Jika menyukat dengan cawan, jangan ditekan tepung itu kerana ia akan menjadi padat dan sukatannya telah berlebihan. Ratakan permukaannya dengan pisau.Ia tak sepatutnya disukat membumbung.

3. Sudu/camca kecil atau sudu/camca teh, sukatannya hampir sama tetapi sudu makan dan sudu besar ianya berlainan.

4. Cecair boleh disukat dengan gram atau dengan mililiter (ml). 100 gm air dengan 100 ml air adalah lebih kurang sama sukatannya.

By HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA
Tip dan Panduan

##camca = sukatan gunakan sudu makan.

Semoga tips ringkas di atas dapat membantu kita sukat bahan masakan dengan mudah dan mempercepatkan kerja-kerja di dapur. Walaupun kita bukan seorang chef yang mahir buat kek dan sebagainya, tetapi bila kita buat masakan dengan sukatan yang betul, pasti makanan tersebut jadi lebih cantik dan sedap. Lagipun dapat elakkan pembaziran bila tersalah sukat dan menyebabkan masakan kita gagal dihasilkan seperti yang kita harapkan. Betul tak???/

Selamat mencuba...

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close