Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Idea Dekorasi Balkoni Rumah Yang Simple

Idea Dekorasi Balkoni Rumah Yang Simple. Ada banyak pilihan yang boleh digunapakai untuk dekorasi ruang balkoni rumah anda. Tak perlu pening atau murung, okay. Kalau kena gayanya, dahlah cantik, simple tetapi murah pula tu. Yang penting pandai membuat perbandingan antara ciri-ciri yang saya sebutkan itu.

Balkoni yang luas boleh diubahsuai dengan meletakkan sofa yang lebih selesa dan besar. Manakala, balkoni yang kecil dan agak sempit, sebaiknya letakkan kerusi dan meja yang mudah di alihkan. Warna juga memainkan peranan agar ruang balkoni mampu dimanfaatkan sewajarnya.

Idea Dekorasi Balkoni Rumah Yang Simple


Tak ada idea nak hias balkoni rumah anda? Kawasan balkoni nampak kusam dan tak ceria? Cuba deko ruang balkoni rumah anda berdasarkan idea di bawah. 

Idea Dekorasi Balkoni Rumah Yang Simple

Suka sangat dengan rak pokok bunga tu.. amat kemas, dan bekas untuk pasu bunga nampak kukuh kerana ia di drill ke dinding. Tahan lama, tak risau pokok-pokok kesayangan kita akan terhempas jika tersilap handle.. hehe, idea bernas sangat.


Gambar atas dan bawah.. minimalis pada susunan kerusi. Tak serabut. Boleh dijadikan tempat menenangkan fikiran..



Gambar atas.. cantik kan? Putih dan hitam.. dengan corak menarik pada mozek. Sesuai sangat untuk kawasan balkoni yang sempit.






Idea dekorasi seperti di atas pun boleh dipertimbangkan untuk rumah di Malaysia. Gabungan alam, moden dan simple. Nampak segar..





Nampak sedikit serabut namun jika ruangan agak luas atau panjang, idea deko seperti di atas boleh dipertimbangkan. Namun susunan kerusi nampak banyak, macam sempit pulak.. 

Namun, idea dekorasi balkoni seperti yang disarankan, boleh dijadikan rujukan buat anda yang ingin mengubahsuai rumah agar nampak lebih menarik. Kira bajet dulu, buat survey.. berbelanja bijak untuk jangkamasa panjang.

Win-win situation. 

Sumber : FB Atap

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close