Resepi Kek Coklat Caramel Cikgu Azlina Ina. Kita buat pulak kek coklat caramel ilham Cikgu Ina. Tengok gambar dalam FB dia semua kek sedap, dan ramai pulak yang review kata semua kek sedap-sedap. Kalau tengok bahan resepi yang dia guna, semua bahan premium kan.. patutlah kek jadik sedap. Hehe.. oleh itu kalau nak kek rasa sedap, cuba sesekali guna sebijik resepi Cikgu Azlina Ina tu. Sebab bahan premium ada mahal sikit berbanding kita tukar bahan yang biasa-biasa je. Terpulang cara masing-masing, ok👌
Nota:
Saya salin resepi dari FB Cikgu Azlina Ina untuk rujukan dan panduan semua. Lebih mudah faham... ok 👌👌
7. Resepi Kek Coklat Caramel Cikgu Azlina Ina
BAHAN CARAMEL🍁buat awal-awal tau 👇
👉200 ml whipping dairy panaskan.
👉1 cawan gula halus cairkan sampai warne golden.
👉Masukkan 2 sudubesar butter, kacau dan terus masukkan whipping panas tadi, kacau dan biar likat, matikan api.
🌺GANACE COKLAT🌺
👉300g beryls dark compound
👉200ml whipping dairy
👉2sudubesar butter 💐Masukkan dalam pengukus atau oven,biarkan seketika dan kacau.
🌺KEK COKLAT MUDAH🌺
💐Ayakkan
👉2 cawan tepung gandum
👉1 sudukecil baking powder
👉1sudukecil cream off tartar
👉1/2 sudukecil soda bikarbonat
🌹MIX kan👇
👉5 biji telur
👉1 cawan gula halus
👉1sudukecil emolco coklat
👉1 sudukecil esen vanila
👉1sudubesar ovalate
Dah kembang gebu, masukkan👇
🍁1 cawan susu pekat
🍁1 cawan minyak masak
💐Matikan mixer dan masukkan campuran tepung, gaul rata. Last masukkan 1/2 cawan air panas dan kacau.
Panaskan pengukus dan kukus api sederhana (guna bekas aluminium foil, 25 minit) (guna bekas sq 450, 15 minit)
🌺TOPPING CHEESE🌺
🍁500g cream cheese
🍁1 cawan susu pekat
🍁1/2 cawan whipping
🍁1 cawan susu segar
👉Kalau nak cair tambah sikit susu
💐Blenderkan semua
💐Tuang atas kek.
Kalau yang sq 450 atau kek loyang tu, kena masuk piping beg, lorek-lorek.
Lorekkan pulak pakai ganace dan lorek pakai caramel.done.
Akhir kata selamat mencuba korang semoga dapat menambah pendapatan ya.
Credit : Azlina Ina Fans
0 Comments