Biskut Semprit Paling Mudah, Rangup Dan Sedap. Siapa biskut raya kegemaran dia adalah kuih semprit? Kalau ya, semprit yang mana satu? Semprit tradisional atau semprit yang telah dimodenkan? Kalau anda suka semprit tradisi, cuma beberapa bahan je, kejap lagi saya kongsi resepinya. Tak payah warna warni. Cukup warna asas dan bahan-bahan asas. Sedapnya pun tak terkata.
Biskut semperit klasik asli rangup dan harum. Inilah biskut semperit legend yang bonda saya buat sejak berzaman lamanya. Semperit moden pun tak boleh lawan ni..
Bahan-bahan;
1. Untuk langkah seterusnya buat biskut semperit ni, panaskan oven sekejap pada suhu 200’C api atas bawah sekitar 5 minit dan turunkan pada suhu 170’C.
Resepi yang dikongsikan di bawah amat sedikit bahan-bahannya. Tak perlu yang komplikated punya. Macam inilah dulu-dulu masa bonda saya buat. Sedap pulak bila dah siap. Makan panas-panas.
Biskut Semprit Paling Mudah, Rangup Dan Sedap
1 tin tepung jagung Brown and Polson @ 450 gram
1 tin mentega SCS/ buttercup @ 454 gram
7 biji kuning telur(ayam kampung lebih kaw)
1 1/4 cawan gula;
1 1/2 cawan tepung gandum
1 tin mentega SCS/ buttercup @ 454 gram
7 biji kuning telur(ayam kampung lebih kaw)
1 1/4 cawan gula;
1 1/2 cawan tepung gandum
Cara penyediaan biskut semprit klasik rangup dan mudah
1. Campurkan semua bahan dan uli perlahan-lahan hingga sebati dan lembut. Saya gaulkan gula dan kuning telur, bila sebati baru saya masukkan kedua-dua jenis tepung.
2. Menteganya saya masukkan 3/4 sahaja, kemudian tambah sedikit-sedikit. Tak payah uli terlalu lama, takut nanti kembang,
3. Bila cukup sebati, guna acuan samperit yang ada penekan kayu atau boleh juga guna acuan ikut citarasa sendiri, contohnya guna nozzle open star yang ditekan dengan jari...
Kalau suka yang comel-comel, buatlah kecil-kecil je tepung nak masuk kat acuan tu.
4. Susun atas dulang pembakar
Cara Bakar Biskut Semperit Klasik
2. Masukkan dulang pembakar dan bakar biskut semperit untuk tempoh 25-30 minit.
3. Kenapa tak tetap masa? Sebab oven berlainan jenama akan sedikit sebanyak mempengaruhi masa pembakaran. Tuan badan yang punya oven je yang kenal tahap pemanasan ovennya.
Nota;
1. Nak uli buat pakai tangan je, guna hujung jari agar tepung tak kembang sangat.
2. Tapi kalau nak guna mixer jugak, gunakan masa pukul telur + butter saja. Lepas tu masuk tepung pakai tangan, uli dgn hujung jari jer..tak mau adunan kembang sangat.
2. Tapi kalau nak guna mixer jugak, gunakan masa pukul telur + butter saja. Lepas tu masuk tepung pakai tangan, uli dgn hujung jari jer..tak mau adunan kembang sangat.
3. Nanti waktu tekan tu nampak cantik, lepas bakar nanti kembang, Semoga membantu
4. Jangan biarkan adunan terbiar lama, nanti biskut semperit anda jadi keras. Lepas uli, cetak dengan acuan dan bakar.
Selamat mencuba!
Semoga jumpa lagi di lain resepi biskut raya yang sedap-sedap tapi mudah nak buat.
0 Comments