Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Buat Kuah Dhal Yang Sedap Rasa Asli

Resepi yang lain >>>>


Gambar ehsan dari Google, kari dhal terbaik yang biasa dimakan dengan roti canai dan boleh juga dimakan dengan nasi minyak. Kuah kari dhal yang tak pekat sangat memang kegemaran kami. Kalau sedap, siap hirup lagi kuah dia.. hehe


Cara Buat Kuah Kari Dhal Yang Sedap. Kuah Dhal sedap dimakan dengan roti canai. Lepas tu, tambah sikit sambal tumis. Boleh dibayangkan sedapnya sarapan hari itu... heheh. Nak kari dhal yang asli macam kedai mamak, boleh cuba resepinya di bawah. Lagi satu, kena sentiasa jaga api semasa memasak kuah dhal, sebab jika dhal dimasak hangit, rosak seluruh rasa kuah dhal tersebut. 

Saya nak kongsi tentang kuah dhal. Ada banyak cara orang masak kuah dhal atau dalca. Ada yang letak biji sawi, ada yang masukkan daun kari, ada sesetengahnya letakkan lada kering..

Mana satukah cara yang boleh menghasilkan kuah dalca yang sedap lagi lazat? Kalau ikut citarasa saya, kuah dhal yang sedap mestilah lembut dhalnya tetapi tidak terlalu hancur.

Cara Buat Kuah Kari Dhal Yang Sedap Rasa Asli


Kuah Kari Dhal ni saya ambil resepinya dari Resepi :MaDiHaA's Hubby, a.k.a Ratna yang saya rasa paling perfect dan ikut citarasa saya. Semua ada, dan yang penting tak letak biji sawi yang hitam berbiji-biji tu...(saya tak suka..)



Bahan-bahannya:

  • 1 cawan kacang dhal (khas utk buat kuah dhal) ~ cuci bersih & rendam dalam 1 - 2 jam (lagi lama rendam lagi cepat kacang empuk) 
  • 1 cawan ayam ~ dipotong kecil-kecil (bahagian tulang pun takpe, untuk maniskan kuah aje.. kalau nak masukkan isi-isi pun boleh..) 
  • 6 urat kacang panjang ~ potong 1 inci 
  • 1 batang carrot ~ potong ikut suka
  • 2 ulas bawang merah ~ hiris nipis 
  • 2 ulas bawang putih ~ hiris nipis 
  • 1 inci halia ~ hiris nipis & potong memanjang halus 
  • 1 tangkai daun kari 
  • 3 biji cili kering ~ digoreng sebentar & ketepikan 
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit* 
  • 1 sudu besar serbuk kari daging* 
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih* 
  • 1 sudu besar serbuk cili* (boleh kurangkan jika tak mahu pedas) 
  • garam & perasa secukupnya 
  • minyak untuk menumis 
  • air secukupnya untuk kuah 
  • (bahan2 bertanda * campurkan sikit air jadikan pes) 


Cara Buat Kuah Kari Dhal Yang Sedap 


1. Rebuskan kacang dhal yang direndam tadi hingga kembang dan agak-agak nampak nak pecah sikit. 

2. Dalam periuk lain atau kuali.. panaskan minyak lalu tumiskan bahan-bahan hiris hingga terbit aromanya. Masukkan daun kari serta pes rempah-rempah tadi. Kacau rata dan biar wangi. 

3. Masukkan ayam dan kacau kejap, kemudian masukkan air. Biar ayam masak sekejap. 


Dalca kaki ayam pun sedap!!

4. Biar mendidih dan akhir sekali masukkan bahan-bahan ini dalam periuk kacang dhal yang direbus tadi, cili kering goreng, lobak merah dan juga kacang panjang. Masukkan garam dan perasa secukupnya. Biar mereneh ikut kepekatan yang anda suka, (boleh tambah air jika kuah terlalu pekat)

5. Siap untuk dihidangkan dengan puri, chapati, roti biasa ataupun roti canai...

Selamat mencuba. Semoga resepi kuah kacang dhal di atas dapat dicuba untuk rasa yang lazat. Kongsikan jika suka dengan resepi kuah kari dhal yang sedap, lembut dan lazat. Heheh..

#sebarkan bahagia  #sumber

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

close