Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Ikan Kaci Asam Pedas Dengan Bendi

Ikan Kaci Asam Pedas Dengan Bendi. Masak apa hari ini kekawan? Ada resepi yang sesuai dengan tekak kat dalam blog Kisah Resepi ini? Kalau belum jumpa, meh saya bagi idea untuk masak lunch hari ni iaitu resepi asam pedas ikan kaci. Lagi-lagi kalau masak bahagian kepala, sesiapa lalu pun tak toleh. Betul tak? Bahagian kepala ikan kaci je harganya RM10.35. Bahagian isi 3 ketul harganya RM13.11. Haha... so I dah pesan pada suami dan anak, nanti makan bagi perhabis segala tulang-tulang semua. Puas hati kita tau..

Pagi tadi nak prepare masak, ada pulak bahan-bahan utama tak ada, maka keluar la jugak dengan my Black Knight tu, yang banyak berjasa.. hehe, sambil keluar tu sebenarnya nak release tension kat rumah je kan. Drive slowly macam makan angin..

Ikan Kaci Asam Pedas Dengan Bendi
Gambar di ambil atas dapur.. hehe


Ikan Kaci Asam Pedas Dengan Bendi



Jom kita mula memasak. Ikan kaci masak asam pedas..

Bahan-bahan:

Ikan kaci - 5 ketul
1 biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
2 inci halia - kisar
6 sudu besar cili boh - kisar
2 sudu kecil serbuk kunyit - kisar
3 batang serai - diketuk
5 tangkai daun kesum
2 batang bunga kantan - belah dua
Garam dan gula secukupnya
6 batang bendi - sebagai sayuran

Cara menyediakan ikan kaci masak asam pedas dengan bendi


1. Tumiskan serai hingga naik bau. Kemudian masukkan segala bahan kisar hingga naik minyak dan bau harum. Kalau kering sedikit, masukkan air.

2. Masukkan bunga kantan yang dibelah dua. Biar seketika.

3. Masukkan kepala ikan dahulu, jika anda masak bercampur isi dan kepala. Bila kepala ikan dah lembut, baru masukkan bahagian isi ikan pula.

4. Masukkan daun kesum. Kacau rata.

5. Perisakan dengan garam dan gula. Bila semua dah masak, matikan api.

Ikan kaci asam pedas dengan bendi selamat untuk dihidangkan.

Ikan Kaci Asam Pedas Dengan Bendi

Bila saya masak asam pedas, saya suka buat kuah cair sebab suka hirup kuahnya yang masam manis. Lagi satu, bila masukkan sekali dengan bendi, saya tak perlu memasak sayur lain. Itu semua dah cukup sebagai satu menu lengkap, siap dengan sayur sekali.

Mudah kan? Cuma kadang-kadang saya sediakan telur dadar je.. memang ngam dah!

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close