Masak Sup Tulang Dengan Intelligent Primada Pressure Cooker. Samada nak masak sup tulang lembu atau kambing atau ayam kampung, guna pressure cooker amatlah memudahkan dan menjimatkan masa kita. Dulu nak beli pressure cooker punyalah mahal harganya, kemudian pendedahan cara menggunakannya tak banyak macam sekarang. Sekiranya anda beli preasure cooker, join je group FB yang berkaitan. Berlambak group, tinggal cari dan join. Hehe..
Cara Masak Sup Tulang Dengan Primada Pressure
Mulanya saya takut nak guna, iya lah first timer kan. Maka saya jadikan tulang lembu yang dibeli masa raya dulu, sebagai bahan ujikaji. Haha..
Senang rupanya masak sup tulang dengan pressure cooker. Kalau sesiapa dah beli tetapi malas nak guna, memang rugi!
Cara Masak Sup Tulang Dengan Primada Pressure
Cooker
Bahan-bahan:
1 kg tulang lembu
2 inci halia - tumbuk
1 biji bawang - tumbuk
2 ulas bawang kecil - tumbuk
2 ketul sup bunjut tulang
1 batang lobak merah
1 biji kentang
Rempah 3 serangkai (yang 1 paket kecil tu..)
Bawang goreng
Cara Penyediaan:
1. Hidup Primada pressure cooker anda. Tekan butang Stir Fry (Tumis kering)
2. Masukkan minyak. Masukkan bahan tumbuk tadi. Tumis sampai naik bau. Kemudian masukkan lobak merah dan kentang. Kacau rata.
2. Kemudian, masukkan tulang lembu tadi, kacaukan. Bila dah rata, masukkan air separas tulang tadi. Tak mengapa, kalau air kurang boleh tambah kemudian.
3. Tutupkan Primada pressure cooker anda. Pusing ke arah Close. Tombol warna hitam di atas tu, halakan setara pada lubang dia. Baru pressure dia berfungsi.
4. Tekan Cancel. Tukar pada menu Tendon. Automatik dia akan set masa 30 minit.
5. Bila isyarat macam alarm dah berbunyi. Jangan panik! Haha.. biarkan 15 minit lebih kurang, tombol warna hitam tu akan release sendiri. (Kalau tak sabar, pusingkan dengan senduk, tolak sampai release.. kalau guna tangan panas weh.. hehe)
6. Kemudian buka penutup pressure cooker, tukar menu Stir Fry semula. Tambahkan garam, daun sup dan bawang goreng. Perisakan..
Siap menu sup tulang anda yang dimasak menggunakan Primada Preasure Cooker.
Selamat mencuba.
Kalau beli gajet memasak tu gunalah.. sebab kalau lama tak guna ia akan rosak dan membazir namanya.
0 Comments