Resepi Kacang Buncis Goreng Dengan Kerang. Ini resepi senang tapi sedap serta menyihatkan. Kalau anda penggemar sayur kacang buncis, maka apa salahnya jika hari ini kita bubuh pula seafood iaitu kerang. Rasanya sedap dan rangup, dan boleh juga makan dengan roti, buat macam sandwich gitu.. yummy!!
Resepi kacang buncis dah ramai dan banyak boleh didapati di google search, tapi cara dan resepi mungkin berbeza, jika anda nak cuba boleh juga cuba resepi mudah ini iaitu kacang buncis goreng dengan kerang.
Resepi Kacang Buncis Goreng Dengan Kerang
Bahan-bahan:
1 bungkus kacang buncis - potong serong
1 bungkus kecil kerang yang telah siap dibersihkan kulitnya (ambil isi je)
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
3 tangkai cili padi - hiris
Sedikit ikan bilis - belah dua
Garam dan gula, jika suka
Cara penyediaan:
1. Tumis semua bahan hiris dan ikan bilis hingga naik bau
2. Masukkan kacang buncis. Kacau rata dan biarkan kacang buncis separuh masak.
3. Jangan lupa masukkan menu penyedap ni iaitu isi kerang. Biarkan sehingga kacang buncis telah masak sepenuhnya.
4. Perisakan dengan garam dan gula.
5. Bila telah masak, sedia untuk dihidangkan.
Cadangan menu utama adalah kari ayam atau ayam masak lemak cili api.
Selamat mencuba.
0 Comments