Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sarapan Simple Dengan Roti Canai Segera

Sarapan Simple Dengan Roti Canai Segera. Waktu MCO 3.0 memang malas nak keluar. Rasa macam pelik pulak bila keluar rumah tetapi orang pandang kita macam nak telan. Padahal kita cuma nak beli barang basah je, bukan nak shopping pun. Kat kaki pun pakai selipar je.. hihi, kami faham dia orang prihatin. Kita semua sama, keluar sebab ada hal mustahak je. Dah dapat apa dibeli terus balik rumah..

Sarapan Simple Dengan Roti Canai Segera

Walau roti canai segera @ frozen, ia tetap sedap, lembut dan lemak raaanya. Note; kena pandai pilih jenama roti canai frozen yang berlambak dipasaran sekarang ni..




Sarapan Simple Dengan Roti Canai Segera

 
Kalau tengok roti canai kami tu agak hitam sikit sebab suka yang garing-garing. Makan cicah dengan gula je, minum teh O je. Sebab tak ada aktiviti berat kat rumah, jangan minum manis-manis tau..


Roti canai antara makanan frozen yang saya dah standby dalam freeze. Boleh buat breakfast time emergency. Cuma nasi goreng je tak ada frozen. Atau dah ada dah nasi goreng frozen?? 😄😄😄 jangan la malas sangat sampaikan nasi goreng pun nak di frozenkan. Betul tak?

Sambil buat sarapan, sambil tengok email masuk dan semak kerja-kerja yang kena dikemas kan. Kerja dari eumah memang macam ni, kita kena tangkas. Bukan 3 in 1 dah ni, rasanya 10 in 1. Hanya mereka yang kental emosi dan fizikal je yang mampu bersabar dalam tempoh MCO 3.0 ni. Jika tidak.. hulk ke superman ke superwoman.. semua keluar.. haha

Sabar ya.. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close