Ayam Goreng Tepung Rangup Dengan Cara Mudah. Cara goreng ayam rangup dan masak di dalam, memang nampak mudah tetapi kadang-kadang tak jadi hasilnya. Ada yang isi mentah, tepung goreng jadi keras, perisa tak serap dalam isi ayam dan macam-macam hal lagi. Mesti frust kan? Terutama bagi penggemar ayam goreng. Kalau nak berniaga, bolehlah ikuti cara buat ayam goreng tepung yang rangup dan masak di dalam, yang mana caranya ada diajarkan dalam FB. So, saya kongsikan di bawah untuk manfaat lebih ramai orang. Walau siapa pun peniaga itu, kita doakanlah segala kebaikan dan rezeki melimpah ruah kepada beliau. Aamiin...
Adunan tepung goreng ayam dibuat sendiri, agak banyak jumlahnya. Jadi korang boleh buat stok goreng ayam dengan tepung buat sendiri berkali-kali.
Ayam Goreng Tepung Rangup Dengan Cara Mudah
Jom kita buat tepung segera sendiri, tapi dicampur sedikit dengan tepung segera yang dijual dikedai. Sukatan di bawah untuk stok goreng ayam berkali-kali. Tak habis tepung tu, boleh simpan.
Bahan-bahan:
700g tepung gandum
1kg tepung beras
300g tepung ubi kayu
3 sudu serbuk lada putih (sudu teh)
7 sudu stok ayam serbuk (sudu makan)
7 sudu Ajinomoto (sudu makan)
7 sudu garamn(sudu makan)
(Ajinomoto dan garam campur dan blander gunakan blander kering kasi halus)
Campur semua bahan dan kacau sehingga merata...
Ok siap tepung ayam buatan sendri..
Saya akan campur tepung segera yg beli dan buatan sendiri...
Cara Goreng Ayam
1. Ayam setelah dicuci bersih.. dalam keadaan basah2 tu pecahkan telor sebiji atau 2..tgk banyak mana ayam...
2. Taburkan sedikit tepung dlm ayam tadi bagi memekatkan keadaan ayam..
3. Dalam bekas yang lain sediakan tepung ayam yang banyak untuk sadur ayam..
4. Ambil ayam tadi dan gaul dlm tepung tadi. jgn nipis sngt..jgn tebal sngt...
5. Terus masukkan kedalam minyak yg banyak api sederhana. Siap....
Tips...
Tepung ayam tu memang dia tulis tanpa telur tapi nak sedap dan cantik, letaklah telur....
Doakan sy dimurahkn rezeki yer...♥️
0 Comments