Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Buah-Buahan Yang Tidak Boleh Diambil Oleh Wanita Dalam Pantang

Ada kajian mengatakan bahawa sesetengah makanan atau buah buahan seperti nangka, pisang dan durian tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Jadi, dalam perkongsian di bawah ada dinyatakan buah-buahan yang tidak digalakkan buat ibu dalam pantang.
Buah-Buahan Yang Tidak Boleh Diambil Oleh Wanita Dalam Pantang. Wanita dalam pantang selepas bersalin tidak digalakkan mengambil makanan sebarangan. Ada makanan yang boleh diambil dan ada sesetengah makanan yang tidak dibenarkan. Ia adalah bertujuan menjaga kesihatan ibu tersebut.

Wanita dalam pantang memerlukan tenaga yang lebih untuk menyusui dan menjaga anaknya yang baru dilahirkan. Dikhuatiri bila makan sebarangan, ia akan menganggu proses tersebut.

Ada yang bertanya mengapa buah-buahan tersebut tidak boleh diambil semasa dalam pantang. Ada kajian mengatakan bahawa sesetengah makanan atau buah buahan seperti nangka, pisang dan durian tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.

Buah-Buahan Yang Tidak Boleh Diambil Oleh Wanita Dalam Pantang


Antara buah-buahan yang tidak boleh diambil oleh wanita dalam pantang adalah:

Buah-Buahan Yang Tidak Boleh Diambil Oleh Wanita Dalam Pantang
Antara buah buahan yang tidak digalakkan untuk 
wanita dalam pantang

Antara buah-buahan yang tidak boleh diambil oleh wanita dalam pantang adalah Pisang, mangga, kelapa, buah pear, manggis, durian, jagung, nenas dan banyak lagi. Sekadar menyebut beberapa nama buah. Sebab apa tak boleh makan? Sebab ia sejuk dan berangin. Wanita lepas bersalin mengalami perubahan hormon dan bentuk tubuh akibat menggunakan tenaga yang banyak ketika proses bersalin. Oleh itu, wanita dalam pantang kena ambil makanan yang boleh menambahkan tenaga, tambah darah, tambah susu badan demi kesihatan anak yang dilahirkan dan dirinya sendiri juga.

Berpantanglah dengan betul agar anda mendapt semula tenaga untuk kembali sihat. Anggaran masa terbaik untuk wanita lepas bersalin kembali sihat adalah dalam jangka masa 6 bulan. Jadi, jika nak makan buah-buahan yang disebutkan di atas, tunggulah anda sihat sepenuhnya.

Apa salahnya berkorban sedikit demi jangka masa panjang yang lebih baik, kesihatan yang kembali seperti sediakala.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close