Bergedil kentang ringkas adalah perkongsian resepi terbaru dalam blog Kisahresepi Com ini. Kami adik beradik membuatnya satu ketika dulu. Oleh kerana ahli keluarga kami ramai, maka bergedil kentang dibuat dalam jumlah banyak. Hehe.. jom la kita buat bergedil kentang yang sedap ini.
Selamat mencuba ya!!
Resepi Bergedil Kentang Ringkas - Ini antara kisah-kisah hari raya kami sekeluarga yang tak habis-habis lagi. Iya lah kan, raya kan sebulan. Ini kisahnya kami buat mi soto makan dengan bergedil kentang. Oleh kerana dah bosan dengan daging dan ayam ketika raya, maka kami bercadang buat bergedil kentang sahaja.
Lebih mudah dan ringkas, betul tak?
Bahan-bahan:
500 gm kentang
1 /2 cawan bawang goreng
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 batang daun sup ~ di mayam halus
1 biji telur
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng.
Cara penyediaan:
1. Buang kulit kentang, bersihkan dan hiris. Goreng sehingga masak, angkat dan toskan. Lenyek kentang semasa masih panas sehingga hancur.
2. Satukan kentang, bawang goreng, daun sup, lada sulah & garam secukup rasa. Gaul rata.
3. Ambil sedikit adunan, kepal-kepalkan menjadi bulat dan leperkan sedikit. Buat sehingga habis.
5. Pukul telur, kemudian celupkan adunan yang telah dileperkan tadi dan goreng hingga keperangan. Angkat dan toskan minyak.
Yummy!! Licin semua bergedil kentang yang ringkas dan mudah ni. Jadi kegemaran semua sewaktu hari raya tempohari.
Selamat mencuba!
Resepi bergedil kentang yang ringkas dan pastinya sedap dan tak lembik itu tadi amat sesuai dimakan dengan mee hoon soto atau makan bersama dengan sup tulang dan sebagainya.
Lebih mudah dan ringkas, betul tak?
Resepi Bergedil Kentang Ringkas
Ehsan Google |
500 gm kentang
1 /2 cawan bawang goreng
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 batang daun sup ~ di mayam halus
1 biji telur
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng.
Cara penyediaan:
1. Buang kulit kentang, bersihkan dan hiris. Goreng sehingga masak, angkat dan toskan. Lenyek kentang semasa masih panas sehingga hancur.
5. Pukul telur, kemudian celupkan adunan yang telah dileperkan tadi dan goreng hingga keperangan. Angkat dan toskan minyak.
Yummy!! Licin semua bergedil kentang yang ringkas dan mudah ni. Jadi kegemaran semua sewaktu hari raya tempohari.
Selamat mencuba!
Bergedil kentang yang bagus sebenarnya boleh dimakan atau dipadankan dengan apa jua lauk pauk yang lain.
0 Comments