Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Nasi Goreng Ikan Masin

Resepi nasi goreng ikan masin. Jomlah cuba, jangan tak cuba. Siapa suka makan nasi goreng, boleh lah ubah citarasa dengan buat nasi goreng ikan masin. 


Resepi Nasi Goreng Ikan Masin

Resepi Nasi Goreng Ikan Masin. Siapa lah yang tak pandai makan nasi goreng? Memang penipu, sedangkan nak masak pun semua orang pandai. Paling simple nasi goreng telur. Mudah je..

Tapi kali ni KR akan share resepi nasi goreng ikan masin. Mudah juga nak buat cuma langkah dia ada lebih sikit.. meh la cuba sama-sama

Nasi Goreng Ikan Masin


Untuk resepinya sila tengok dibawah...

Bahan A

Nasi putih secukupnya (buat 1 1/2 cwn beras)

Bahan B

3 inci isi ikan masin talang - potong dadu basuh dan rendam - kemudian tumbuk
1 biji bawang besar - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1/4 inci halia - tumbuk
5 biji cili padi - tumbuk
1/4 inci belacan - tumbuk

Bahan C

Sedikit kangkung jika suka atau boleh guna sayur lain
2 biji cili padi sebagai tambahan jika suka
1 biji telur
Gula, garam dan sesedap rasa secukupnya

Cara Menyediakan nasi goreng ikan masin yang sedap


1. Pertama tumbuk bahan-bahan tumbuk hingga lumat, kemudian tumbuk juga isi ikan masin yang sudah direndam tadi.

2. Kemudian tumis bahan-bahan yg sudah di tumbuk tadi, dan masukkan sedikit air supaya tidak hangus dan kering. selepas itu tumis hingga garing.

3. Apabila sudah garing, masukkan nasi putih. Dan gaul hingga sebati dengan bahan tumis. seterusnya perasakan nasi apabila kurang masin tambahakn sedikit garam dan sedikit gula kemudian gaul hingga sebati.

4. Apabila Nasi sudah sebati dengan bahan tumis, kosongkan ruang tengah nasi kemudian pecahkan telur ditengah-tengah ruang. Tunggu telur masak kemudian gaul dengan nasi, selepas itu boleh masukkan kangkung.. gaul sebati lagi. apabila anda suka pedas boleh masukkan 2 biji cili padi.

5. Dah siap! Lebih sedap apabila dihidangkan bersama kicap cili padi dan ikan masin goreng, 

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close