#Penafian:❤:
Resepi Sambal Telur Puyuh. Telur puyuh banyak khasiatnya namun jika dimakan berlebihan tak bagus pulak sebab kandungan protein yang tinggi. Kandungan protein telur puyuh lebih tinggi berbanding telur ayam. Jadi, makan dengan berpada-pada walau saiznya kecil. Okay ✌✌
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
Resepi Sambal Telur Puyuh
Kalau nak cuba masak sambal telur puyuh style saya.. Boleh ikuti resepinya di bawah:
Bahan-bahan:
2 papan telur puyuh - rebus dan kopek kulit
1 cawan cili boh - kisar
1 biji bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 batang serai - ketuk
3 helai daun limau purut
1 sudu besar sos cili
Garam dan gula secukupnya
Cara menyediakan sambal telur puyuh yang lazat
1. Tumis semua bahan kisar hingga masak atau naik bau. Kemudian masukkan serai dan daun limau purut
2. Bila sambal dah naik minyak, masukkan telur puyuh dan gaul rata.
3. Masukkan pula sos cili dan gaul.
4. Perisakan dengan garam dan gula
Siap dah sambal telur puyuh mudah dan lazat.
Selamat mencuba.
0 Comments