Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

20 Gambar Menu Lauk Pauk Kampung Pembuka Selera

20 Gambar Menu Lauk Pauk Kampung Pembuka Selera. Dari dulu sampai sekarang, lauk pauk kampung tak pernah mengecewakan. Ada saja lauk sedap-sedap yang boleh bagi kita selera nak makan. Orang kata, tak jemu ditelan walau ada menu moden yang muncul sekarang ni. Betul tak?

20 Gambar Menu Lauk Pauk Kampung Pembuka Selera. Dalam post pilihan kali ini, saya akan kongsi 20 gambar lauk pauk kampung yang sedap-sedap pembuka selera. Saja je bagi gambar agar kita bersemangat nak masak dan dapat idea baru nak masak lauk apa untuk family tersayang.

Lain-lain lauk pauk kampung yang tak ada dalam gambar tentulah asam pedas ikan merah style Johor, ayam masak kari, daging rendang kunyit dan banyak lagi. Bila saya lihat gambar-gambar lauk pauk masakan kampung ni, saya perasan.. semua lauk pauk simple dan kosnya murah. Orang kata, bukan terletak pada harga tetapi rasa dan suasana tu yang amat menggamit memori.

20 Gambar Menu Lauk Pauk Kampung Pembuka Selera


1. Ikan masak singgang, sotong kembang masak sambal, ikan goreng dan ulam bendi rebus


Suka tak dapat makan lauk pauk kampung macam ni?? Siapa tak suka, kan? Makan dengan adik beradik pulak tu, macam-macam memori keluar. Nak dapat makan lauk pauk banyak begini biasanya tunggu musim cuti sekolah atau perayaan. Kalau setakat makan dengan budak remaja dalam rumah, memang tak dijamahnya..

20 Gambar Menu Lauk Pauk Kampung Pembuka Selera

2. Siput sedut lemak cili api, sambal belacan, ikan goreng dan ulam petai


20 Gambar Menu Lauk Pauk Kampung Pembuka Selera

Bahan-bahan Masak Siput Sedut Yang Sedap:


1 kg siput sedut (potong bahagian hujung siput, rendam bersama asam keping) basuh bersih sampai hilang semua kotoran.
2 batang serai (diketuk).
Santan pekat kotak kecil (dicampur dengan 1 gelas air).
Daun kesum.
2 keping asam keping@gelugor.
Garam secukup rasa.

Bahan Kisar :

3 ulas bawang putih*,
3 ulas bawang merah*,
10 biji cili padi hijau@merah*,
Kunyit hidup@kunyit serbuk*,
Sebesar ibu jari lengkuas*.

Cara-cara :

🔸️ Kisar bahan-bahan yang bertanda * bersama sedikit air.
🔸️ Masukkan ke dalam kuali atau periuk bersama serai.
🔸️ Kemudian tambahkan asam keping dan siput sedut. (Kacau-kacau biar sebati).
🔸️ Masukkan santan, garam dan daun kesum.
🔸️ Agak-agak kuah sudah mendidih masak elok, boleh tutup api dan hidang.
🔸️ Makin pekat kuah gulai makin sedap rasanya.

3. Ikan goreng, telur masin, ulam-ulaman, 


20 Gambar Menu Lauk Pauk Kampung Pembuka Selera

4. Ikan masak lemak belimbing buluh, ulaman peria, ikan goreng, bendi goreng telur


Terliur terus tengok ikan masak lemak kuning dengan belimbing buluh. Dengan masamnya bila tergigit belimbing tu.. kemudian kunyah ulam peria cicah sambal belacan. Aduhaii...

20 Gambar Menu Lauk Pauk Kampung Pembuka Selera

5. Tempoyak ikan patin, ikan goreng, kacang buncis goreng udang, ulaman


20 Gambar Menu Lauk Pauk Kampung Pembuka Selera

6. Ikan masak gulai, tumis kobis, telur dadar, sambal belacan, ulaman



7. Ikan goreng, ulam jantung pisang rebus, batang keladi masak asam, sambal belacan


20 Gambar Menu Lauk Pauk Kampung Pembuka Selera

8. Terung goreng berlada, sup tulang, ulam petai


20 Gambar Menu Lauk Pauk Kampung Pembuka Selera

9. Ikan kering, ayam goreng, ulam bendi rebus


20 Gambar Menu Lauk Pauk Kampung Pembuka Selera


10. Lemak labu, ayam goreng, petai bakar, sambal budu


20 Gambar Menu Lauk Pauk Kampung Pembuka Selera

11. Ikan selar masak singgang, petai bakar, sambal tumis, budu


20 Gambar Menu Lauk Pauk Kampung Pembuka Selera

12. Lemak labu dengan kacang panjang, ulaman, sambal belacan, tauge goreng udang, ikan goreng


20 Gambar Menu Lauk Pauk Kampung Pembuka Selera

13. Ulaman timun, masak lemak putih suhun dengan tauhu kering, ikan goreng, sambal ikan bilis petai


20 Gambar Menu Lauk Pauk Kampung Pembuka Selera

14. Telur masin, ikan goreng, sambal tumis petai, masak lemak cili padi ayam


20 Gambar Menu Lauk Pauk Kampung Pembuka Selera

15. Ayam goreng kunyit, tempe goreng, ikan masak kari, sambal tumis


20 Gambar Menu Lauk Pauk Kampung Pembuka Selera

16. Ikan asam pedas, sambal udang, ikan bawal goreng, tumis sayur bayam


20 Gambar Menu Lauk Pauk Kampung Pembuka Selera

17. Masak lemak ketam, telur masin, sambal udang petai, ikan goreng, ulaman


20 Gambar Menu Lauk Pauk Kampung Pembuka Selera

18. Ikan goreng, telur dadar, ikan masak singgang, budu, ulaman


20 Gambar Menu Lauk Pauk Kampung Pembuka Selera

19. Labu masak lemak putih, urap, lala masak lemak kuning, gulai nangka


20 Gambar Menu Lauk Pauk Kampung Pembuka Selera

20. Ketam goreng berlada, siput sedut masak lemak cili api, ulaman, 


20 Gambar Menu Lauk Pauk Kampung Pembuka Selera

Okay tak idea menu lauk pauk kampung yang saya kongsikan di atas? Ada lauk pauk yang anda nak masak tapi tak ada dalam gambar? Tak apa.. masaklah ikut apa idea yang anda ada. Yang penting masak dengan ikhlas, pasti hasilnya sedap!

Selamat memasak ya!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close