Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cempedak Goreng Yang Rangup Tepungnya, Jom Cuba!

Cempedak Goreng Yang Rangup Tepungnya, Jom Cuba! Jangan tak cuba. Kali ni resepi cempedak goreng saya share kan dari Chenom punya, yang hasilnya pasti sedap dan rangup tepungnya. Dapat cempedak yang manis dan salutan tepung yang rangup, makan berapa ketul pun boleh habis. Jom cuba geng!!
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Goreng Cempedak Dengan Tepung Yang Rangup 


Cempedak Goreng Yang Rangup Tepungnya, Jom Cuba!

Cempedak Goreng Yang Rangup Tepungnya, Jom Cuba!


Bahan-Bahan:


Cempedak secukupnya
1 1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung gandum
1 biji telur ayam
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil kunyit

Cara-cara penyediaan;


1. Panaskan minyak di dalam kuali.

2. Campurkan tepung gandum, tepung beras, soda bikarbonat, kunyit dan garam

3. Masukkan telur dan tuang air sedikit demi sedikit sambil mengacau adunan dengan tangan


4. Kacau sehingga adunan betul-betul sebati dan tidak berketul. Adunan tidaklah perlu terlalu cair atau terlalu pekat.

5. Celupkan buah cempedak di dalam adunan tepung tadi dan goreng sehingga kekuningan. Api jangan terlalu kuat dan anda perlu mengacau sehingga tepung betul betul garing.

6. Angkat dan toskan di atas kertas tisu

Selamat mencuba cenpwdak goreng yang rangup kulitnya ala Chenom.

Goreng cempedak pepagi dan minum dengan teh 'O'. Memang layan lah..

Cempedak Goreng Yang Rangup Tepungnya, Jom Cuba!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close