Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Puding Melting Tiramisu

Resepi Puding Melting Tiramisu. Tiramisu antara kek yang saya gemarkan rasanya. Ia tak muak, dan ada rasa kopi @ nescafe (tengok apa bahan campuran kita). Kalau nak beli kat luar, 1 kg kek tiramisu boleh tahan mahal harganya. Tetapi jika nak buat makan sebagai dessert, boleh je buat sendiri dengan anak-anak di rumah. 

Perkongsian dessert kali ni adalah resepi puding melting tiramisu yang ramai dah orang cuba dan kongsikan di blog masing-masing. Jadi, saya kongsikan juga di blog KisahResepi untuk rujukan diri sendiri di masa mendatang jika nak buat sendiri.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Resepi Puding Melting Tiramisu
Puding tiramisu buat dalam gelas pun sedap dan mudah nak makan..


Resepi Puding Melting Tiramisu


Bahan-bahan:

1 paket Biskut Marie perisa kopi
1 tin susu cair
1 tin air (sukat guna tin susu cair)
½  tin susu pekat manis (blh kurangkan)
5 sudu mkn tepung kastard
Secubit garam
Milo secukupnya
Bekas secukupnya

Cara penyediaan puding melting tiramisu


1. Satukan susu cair, susu pekat, air, tepung kastard, garam ke dalam periuk. Sebatikan dan masak atas dapur sehingga likat. Adunan memang nampak cair sdikit...

2. Masukkan 1-2 sudu adunan kastard ke dalam bekas. Patah-patahkan sekeping biskut. Taburkan sedikit Milo, jangan tebal-tebal ye. (Milo kan manis., tipis shj. Kemudian lapiskn lagi dengan adunan kastard. Buat sehngga selesai

3. Last sekali, atasnya tabur Milo...

4. Sejukkan. Sedap di makan sejuk-sejuk 

Resepi Puding Melting Tiramisu

Resepi Puding Melting Tiramisu


Nota:

Adunan kastard tu dah cukup rasa, tak manis sngt, yang kena control Milo tu sbb kalau terlebih tabur, dia agak mnis nanti bila makan

Sumber : Maria Khalisya Khalis

Selamat mencuba. Kalau nak makan dessert yang simple tapi nampak classy, cubalah buat puding melting tiramisu ni. Anak-anak memang suka sebab rasanya yang manis. Kena kawal sikit la ya.. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close