Ikan Siakap Asam Pedas KisahResepi. Haha.. nama special kami bagi pada resepi kali ni iaitu tambah nama blog kat hujung. Biar kasi gempak sikit. Ada yang hantu asam pedas kat sini? Saya biasa saja, tapi en suami dan anak bongsu kami tu kuat makan asam pedas. Kalau makan asam pedas mesti nak bahagian kepala ikan, baru kaw dan awesome katanya..
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
Ikan Siakap Asam Pedas KisahResepi
Kali ini KR nak masak asam pedas ikan siakap. Nak lebih sedap gunalah ikan merah. Tapi kalau tak ada, tak payahlah paksa. Lain kali boleh masak lagi kan..
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap saiz besar - potong beberapa bahagian, cuci bersih
3 senduk cili boh - kisar
1 biji bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
Segenggam asam jawa - bancuh dengan air
2 inci Kunyit hidup - kisar
2 inci halia - kisar
3 batang serai - ketuk
Segenggam daun kesum
Garam dan gula secukupnya
Hiasan:
Tomato - belah 4
Bunga kantan - belah 2
Kacang bendi
Cara penyediaan asam pedas ikan siakap
1. Tumis serai dulu hingga naik bau. Kemudian masukkan semua bahan kisar hingga masak atau naik minyak
2. Masukkan air asam jawa. Gaul rata dan biar mendidih. Kalau suka asam pedas cair, tambah air secukupnya, sesuai dengan cili kisar tadi.
3. Masukkan ikan siakap yang telah dibersihkan tadi, kacau rata biar semua ikan menyerap kuah
4. Masukkan daun kesum, kacang bendi (kalau ada) dan tomato belah empat.
5. Perisakan dengan garam dan gula. Biar mendidih, kecilkan api.
6. Asam pedas ikan siakap siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba.
0 Comments