Ayam Masak Lemak Cili Api. Tak pedas sangat, kuah pun boleh hirup. Itulah cara anak lelaki saya makan lauk ayam masak lemak cili api. Orang kata, dia suka makan kuah banjir.. saya layan kan je, asalkan dia makan apa yang saya masak, cukup lah..
Ayam masak lemak cili api senang je nak di masak. Bahan-bahan dia pun mudah nak disediakan. Yang jadi susahnya adalah kerana MALAS! haha..
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
Ayam Masak Lemak Cili Api
Masak lemak cili api terbaik, ayam masak lemak cili api adalah salah satu menu wajib dalam rumah, seminggu sekali mesti nak kena masak. Kadang tu, masak 1 ekor ayam pun boleh habis untuk lauk sehari. Dalam rumah bukan ramai pun, cuma 3 orang je. Tapi yang habis tu sebab kita orang suka meratah lauk.
Nah resepinya untuk dapat ayam masak lemak cili api yang sedap!
Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong 16 bahagian
1 biji bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
10 biji cili padi - kisar dengan sebahagian jangan buang tangkainya
2 inci halia - kisar
Segenggam ikan bilis - kisar
2 sudu kecil serbuk kunyit - kisar
3 batang serai - diketuk
1 kotak santan 200 ml - bancuh dengan air, jangan cair sangat
Garam dan gula secukupnya
Cara penyediaan ayam masak lemak cili api yang sedap
1. Tumis serai hingga naik bau. Kemudian baru masukkan bahan kisar yang lain. Biar bahan tersebut masak dan pecah minyak. Tuang sedikit air. Kacau.
2. Masukkan ayam dan gaul rata dengan semua bahan. Curah sedikit air. Tutup seketika hingga mendidih atau ayam sudah lembut.
3. Baru masukkan santan dan kacau rata.
4. Perisakan dengan garam dan gula secukupnya
5. Kacau perlahan-lahan, kecilkan api agar santan nampak cantik.
6. Bila dah masak, matikan api dan lemak cili api ayam siap dihidangkan.
Selamat mencuba.
Ramai orang yang suka masak ayam lemak cili api tetapi ada yang terlebih pedas. Jadi, ketika nak kisar cili padi tadi, tinggalkan beberapa tangkai cili padi dan kisar sekali. Ia petua untuk hilangkan rasa pedas pijar kuah lemak cili api tersebut.
0 Comments