Lontong Basah Antara Sarapan Kegemaran Di Johor. Haii Johorean di mana-mana anda berada. Suka makan lontong? Yang mana satu, basah atau lontong kering? Saya suka dua-dua, yang penting sedap. Kalau makan lontong kering dengan kuah lodehnya yang kurang menyengat, memang hilang semangat betul!! Ada pula kuah lodehnya cair, macam masak ala kadar je.
So, bagi orang Johor yang mencari lontong basah atau lontong kering untuk sarapan, pilihan di tangan anda.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
Lontong Basah Antara Sarapan Kegemaran Di Johor
Kalau makan lontong basah, kuah dia tu mestilah kena sedap, sayur-sayur seperti kobis, kacang panjang yang dihiris serong dan lobak merah juga kena masak sepatutnya dan sedap dimakan.
Berkenaan harganya, lontong basah agak murah berbanding lontong kering. Kerana bahan-bahan dalam lontong kering lebih "renyah" atau leceh untuk dibuat seperti serunding kelapa, kuah kacang, sayur goreng jawa, sambal tumis dan samada rendang daging atau pun ayam. Sebab tu harga lontong kering lebih mahal.
So, bagi orang Johor yang mencari lontong basah atau lontong kering untuk sarapan, pilihan di tangan anda.
0 Comments