Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Pau Inti Kelapa Kukus Gebu, Lembut Lebih Lama

Resepi Pau Kukus Gebu, Lembut Lebih Lama. Kuih pau adalah kuih legend dari zaman atuk nenek kita sampai la sekarang, tetap jadi kegemaran. Pau kelapa paling legend sebab dulu-dulu mana ada lagi idea nak buat pau kacang merah, pau daging, pau durian dan sebagainya. Tapi, pau kelapa itu lah yang tetap jadi pujaan hatiku! Ada dua inti kelapa dia, samada letak gula merah atau sekadar kelapa putih tu je.. itu pun dah jakun makan sampai tak ingat dunia. Almaklum adik beradik ramai, sekali buat cecah 40 ketul jugak la..

Resepi Pau Inti Kelapa Kukus Gebu, Lembut Lebih Lama
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Resepi Pau Kukus Inti Kelapa Gebu, Lembut Lebih Lama


Sebelum ini pun saya ada share resepi pau gebe lembut sampai bila-bila (?), ada ke? Maksudnya lembut sampai esoknya la.. tapi kali ini Resepi Pau Kukus Gebu Gebas lain sikit resepinya.

Resepi Pau Inti Kelapa Kukus Gebu, Lembut Lebih Lama


Bahan-bahan;

3sudu minyak masak
2cawan tepung gandum
2sudu besar mauripan @ yis
2sudu besar susu pekat
1sudu besar gula
setengah cawan air suam
sedikit garam
sedikit pelembut roti (ada dijual di kedai kek)

Cara Menyediakan pau lembut gebu gebas


1. satukan yis, air suam, gula dalam mangkuk kacau dan biarkan 10 minit hingga berbuih

2. dalam mangkuk berlainan masukkan tepung, susu pekat, garam, minyak masak, gaul sebati

3. masukkan campuran yis dalam tepung, uli hingga jadi doh.. bentukkan bulat, besar atau kecil, terpulanglah ya

4. biarkan doh naik .. tutup dengan plastik

5. leperkan doh, masukkan inti kelapa (resepi di bawah) dan biarkan doh mengembang sekali lagi

6. kukus pau selama 10 minit je, api sederhana besar (jangan lebih nanti pau berkedut)

Resepi Pau Inti Kelapa Kukus Gebu, Lembut Lebih Lama

7. balut @ tutup kukusan dengan kain

8. lepas 10 minit tu angkat sekali dengan periuk kukusan tu dulu,  baru bukak tudung nya untuk elak pau berkedut..

Tips untuk dapat pau yang lembut;


1) bubuh pelembut roti sedikit, atau
2) letak minyak masak atau
3) letak lemak sayuran sedikit
4) pastikan kukus telah panas betul, barulah masukkan pau dan kukus sekitar 10 minit

Bahan inti kelapa;

~ Gula merah - anggaran 1 1/2 cawan
~ Kelapa parut (kelapa muda lebih baik)
~ Sedikit air
~ 1 helai daun pandan - diikat

Selamat mencuba ya, resepi pau lembut gebu gebas sampai esok! Hehe.. itu nasib la kalau tak sempat sampai esok..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close