Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Ikan Caru Bakar Atas Dapur, Sedap Ke?

Ikan Caru Bakar Atas Dapur, Sedap Ke? Terpulang pada citarasa masing-masing. Yang pasti ia memudahkan kerja saya. Tak payah cari arang nak bakar cara tradisional. Lagipun proses bakar ikan atas dapur dapat lah kita buat kerja lain serentak. Jimat masa kut.. hehe

Saya buat ikan caru bakar simple, rasa ikan pun sedap. 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Ikan Caru Bakar Atas Dapur, Sedap Ke?


Sedap atau tidak itu subjektif. Tapi ikan caru bakar saya habis dimakan. 

Sebelum dibakar tu, salut ikan dengan sambal yang korang dah tumis semua, dan kemudian perap 1/2 jam. 

Bahan-bahan buat sambal - bawang putih, bawang merah, kunyit, garam, halia, cili padi dan sedikit gula. Letak sedikit belacan, jika suka. Tumbuk lumat dan tumis sampai garing.

Lepas tu balut ikan dengan aluminium foil dan letak atas kuali. Api pasang kecil je. Masak lebih kurang 1/2 jam di bahagian sebelah, kemudian balikkan dan bakar lagi 1/2 jam. Gitulah saya buat. Alhamdulillah isi ikan masak sekata, sedap je.. 

Ikan Caru Bakar Atas Dapur, Sedap Ke?

Rujuk gambar bawah : Tutup kuali bila ikan sedang dibakar. Wap panas tu akan menjadikan bahagian atas ikan pun rasa bahangnya. Jadi ia mempercepatkan proses bakar ikan. Kalau ikan kembung, sekejap je. Tak payah sampai 1/2 jam pun dah masak..

Ikan Caru Bakar Atas Dapur, Sedap Ke?

Ikan Caru Bakar Atas Dapur, Sedap Ke?

Hasil ikan caru @ cencaru yang sudah siap dibakar. Yummy!!

Ikan Caru Bakar Atas Dapur, Sedap Ke?

Kita pekena pula dengan sayur sawi putih rebus tanpa tumis minyak. Sedap dan segarnya rasa uolss.. makan pun bertambah-tambah. Haha..
 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close