Resepi Sotong Phat Phet Masakan Thai. Ada resepi best yang saya nak share, korang boleh cuba untuk berbuka nanti sebagai salah satu lauk utama, pasti family suka. Masakan berasaskan sotong ni senang je nak buat. Nak resepinya, ada di bawah.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
Resepi Sotong Phat Phet (Masakan Thai)
Masakan 2 Dalam 1 (Lauk Dan Sayur)
Yang bestnya, lauk sotong ohat phet ni bau dia sedap, harum je. Tapi pedas sikit, kalau korang tak tahan pedas.. boleh kurangkan sukatan cili-cili tu ya.. ✌✌
Bahan-bahan:
500gram sotong (dicuci bersih)
4 batang kacang panjang (dipotong serong)
5 batang cili padi merah (dipotong)
1 labu bawang merah (dipotong)
1 batang serai (dihiris)
4 helai daun limau purut
½ sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil belacan@fine shrimps sauce
2 sudu besar sos ikan
½ sudu kecil serbuk perasa
Garam (jika perlu)
Serbuk kunyit (hujung sudu kecil)
Bahan Kisar :
4 batang cili merah
4 batang cili hijau
1 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit air
Cara memasak sotong phat phet
1) Panaskan minyak , tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga kering dan sedikit pecah minyak.
2) Apabila sudah kering , masukkan sotong yang telah dicuci bersih.
3) Masak sehingga sotong masak dan biarkan sedikit kering.
4) Kemudian, masukkan lada hitam, serbuk kunyit, belacan, serbuk perasa dan sos ikan. Gaul rata.
5) Akhir sekali, masukkan cili padi, serai, daun limau purut, bawang dan kacang panjang. Masakkan seketika dan tutup api.
Kredit : Nurul Ateekah
0 Comments