Resepi Mi Goreng Basah Ala Khairul Aming. Tengah cari menu nak berbuka tetiba lalu kat wall FB mi goreng basah Khairul aming. Terus nak buat, sebab mudah ya amat resepi dia tu...
Antara bahan-bahan utama.. senang je nak sediakan. Cara nak buat ada di bawah.
Sebelum buat mi goreng basah sedap hingga menjilat jari, kita simpan dulu resepi dia dalam blog, lain kali boleh rujuk balik. Kekadang resepi mudah tu lah yang lupa step dia. Hahah...
Mee goreng basah ala Khairul Aming, boleh tengok resepinya di IG @khairulaming atau di bawah, saya ada kongsikannya kat blog ini jugak 😅😍
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
Resepi Mi Goreng Basah Ala Khairul Aming
Di bawah ni ada video khairul aming masak mee goreng basah sekali, korang boleh tengok kat video atau cara yang saya tulis di bawah. Selamat mencuba!
Inilah Video Mee Goreng Basah Khairul Aming
Bahan-bahan:
1/2 kg Mee kuning
Bawang putih - ditumbuk
Bawang merah - ditumbuk
Cili boh, sos tomato dan sos tiram dan kicap manis
Fish ball, sotong
Sayur sawi dan tomato
1 sudu makan tepung jagung (dibancuh air)
Cara penyediaan mi goreng basah ala khairulaming
1. Tumis bawang putih dan merah hingga naik bau. Masukkan cili boh. Kacau lagi sampai masak
2. Masukkan sotong dan fishball. Kemudian masukkan sos tomato, sos tiram, kicap manis dan air. Biar seketika
3. Tambahkan gula dan garam secukupnya. Masukkan sedikit air tepung jagung.
4. Akhir sekali masukkan mee. Kemudian masukkan juga sayur dan tomato.
Siap! Mee goreng basah ala Khairulaming boleh dimakan untuk sahur atau berbuka. Sukati korang la.. yang penting rasa dulu. Sedap tak??
Selamat mencuba. Video masakan ada di sertakan di atas.
0 Comments