Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Udang Goreng Kunyit Dengan Sayuran

Udang Goreng Kunyit Dengan Sayur-sayuran. Suka hati lah nak masak udang dengan sayur apa, tapi kebiasaannya dia orang masuk kacang panjang, buncis, lobak merah, atau boleh juga masuk brokoli. Sedap jugak tu.. 

Resepi udang goreng kunyit ni sedap dan mudah pula nak buat, cuma harga udang agak mahal sekarang. Nak masak udang pun fikir beberapa kali jugak tu 😀🤩

Udang Goreng Kunyit Dengan Sayuran
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Udang Goreng Kunyit Dengan Sayuran


Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:

450 gram udang
1 sudu kecil serbuk kunyit
¾ sudu kecil garam
2 ulas bawang putih - hiris
½ sudu kecil serbuk secukup rasa
Daun bawang
Minyak masak

Bahan lain:

1 mangkuk kacang panjang
1 mangkuk karot
1 mangkuk bunga kubis
1 biji cili hijau - hiris
1 biji cili merah - hiris
1 biji bawang besar - hiris

Cara cara penyediaan udang goreng kunyit


1. Lumur udang dengan garam dan serbuk kunyit. Perap sekejap.

2. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga udang berubah warna dan kepala bertemu ekor. Angkat dan tos.

3. Masukkan bawang putih dan tumis sehingga naik bau. Masukkan karot, bunga kubis dan. Kacau sehingga separuh lembut.

4. Masukkan kacang panjang, bawang besar dan cili hiris. Masukkan serbuk pati ayam. Gaul rata dan masak sekejap sahaja. Tutup api.

5. Toskan minyak berlebihan. Tabur daun bawang dan sedia dihidangkan

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close