Pecan Butterscoth Muffin. Buat jangan tak buat. Cikgu Azlina Ina dah share resepi ni kat FB dia, saya share kat sini pulak biar ramai orang boleh buat juga resepi ni. Korang jangan malas untuk try, okay! Lama- lama nanti pandai macam Mak Ina @ cikgu Ina.
Resepi Pecan Butterscoth ada kat bawah. Kalau makan satu tak cukup ni..
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
Pecan Butterscoth Muffin
Bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda powder
1 cawan gula halus
1 cawan susu full cream
120ml minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji telur
Cara-cara :
-ayak tepung gandum + gula
-satukan bahan cecair didalam satu mangkuk
-campurkan tepung dan cecair, gaul sebati
- masukkan adunan di dalam paper cup letak chip butterscoth
- taburkan brown sugar di atas adunan dan pecan
- bakar 30 minit suhu 180c
Selamat mencuba.
0 Comments