Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Mudahnya Buat Roti Puri Kembong Cicah Sambal Sardin

Mudahnya Buat Roti Puri Cicah Sambal Sardin. Roti puri yang kembong macam belon, macan kita makan kat kedai pakistan tu. Hehe.. Kedai mamak pun ada banyak jual. Lepas tu makan dengan kari kambing. Sedap hingga licin pinggan. Kalau saiz besar, makan 2 ketul pun dah cukup. Kalau nak roti puri tak serap minyak, kena goreng pada api yang sedang panas betul, tak boleh panas sipi-sipi je. Nanti kembong dia lanbat naik dan tak cantik rupanya roti puri kembong korang. 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Resepi Roti Puri Kembong


Mudahnya Buat Roti Puri Kembong Cicah Sambal Sardin

Mudahnya Buat Roti Puri Kembong Cicah Sambal Sardin

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1 sudu besar yis
3 sudu besar minyak masak
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan air panas

Cara-Cara Buat Roti Puri Kembong 


1. Tepung gandum, yis, garam, gula, minyak masak gaulkan kesemua bahan tersebut.

2. Masukkan air panas., .gaul rata.. uli sampai adunan tidak lekat ditangan.. kemudian bulat-bulatkan sebesar bola pingpong.. perap selama ½ jam...

3. Setelah adunan kembang.., lenyekkan dengan penggelek..

4. Panaskan minyak, minyak kena betul-betul panas yer baru roti kembong... goreng sampai agak kekuningan...

Boleh mkn bersama sambal sardin @ gulai ayam..

Kredit Resepi : cik puan julieta

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close