Agar-Agar Tali Perisa Sirap. Agar-agar atau lengkung adalah kuih atau dessert yang bertahun kami memakannya. Itulah makanan yang paling mudah dan murah nak dibuat semasa emergency, nak hantar rumah jiran kenduri tahlil atau nak bawak pot luck ke pejabat. Resepi yang paling murah tetapi tak mudah juga nak buatnya. Kalau silap cara sukatan air pun tak boleh jadi. Sebab tu, saya share kan cara masak agar-agar legend ni agar ia masak dalam keadaan yang cantik.
1 paket agar-agar strips (20 gm)
2 liter air (8 cawan)
1 1/2 cawan gula
1 sudu sirap rose
1/4 sudu pewarna pink
1 daun pandan
1 helai daun limau purut (untuk bau lebih harum)
Cara Masak Agar-Agar Tali Perisa Sirap Dengan Sukatan Cawan
Bahan-bahan:
1 paket agar-agar strips (20 gm)
2 liter air (8 cawan)
1 1/2 cawan gula
1 sudu sirap rose
1/4 sudu pewarna pink
1 daun pandan
1 helai daun limau purut (untuk bau lebih harum)
Cara penyediaan:
1. Basuh agar-agar dan masak dengan air hingga mendidih dan agar-agar larut sepenuhnya
2. Masukkan gula dan daun pandan & daun limau purut
3. Bila gula larut masukkan pula sirap rose + pewarna pink
4. Tapiskan dalam loyang atau acuan yang disukai.
2. Masukkan gula dan daun pandan & daun limau purut
3. Bila gula larut masukkan pula sirap rose + pewarna pink
4. Tapiskan dalam loyang atau acuan yang disukai.
Selamat mencuba ya kekawan. Kalau nak letak santan atau telur boleh jugak. Buat lengkung @ agar-agar dengan milo pun sedap.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
0 Comments