Sayur Raja Masak Lemak Putih. Bukan ulam raja y kekawan 😅 ia sayuran hijau macam bayam brazil rupa dia. Daun dan batangnya pun agak lembut, nampak macam banyak bila dicuci tapi selepas di masak, nampak sikit pulak. Sayur menipu nama dia.. haha
Satu bungkus besar harganya cuma RM2.88. Dulu ada beli jugak, harganya murah sikit. Kali ni dah mahal pulak. Semua benda nak naik harga, kan? Kesian pengguna macam kita..
Gabungan menu lunch kami lemak putih cili api dengan ayam goreng KFC (buat sendiri). Memang yummy dan awesome. Dengan kuahnya sekali I hirup okay.. sedap dan yummy!!
Sayur Raja Hijau ni agak jarang nak jumpa la, saya kena pergi banyak mini mart baru jumpa. Kalau kat kampung saya rasa macam tak ada. Mungkin mata saya kurang perasan.. harap dimaafkan kalau tersilap.. 🤩🤩
Resepi Sayur Raja Masak Lemak Putih
Bahan-bahan:
1 bungkus sayur raja, bersihkan
3 ulas bawang merah kecil - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
5 tangkai cili padi - kisar
Serbuk secukup rasa maggi, kalau tak ada boleh guna garam
1 kotak santan Kara - bancuh dengan air secukupnya
Cara memasak sayur raja lemak putih
1. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Kemudian masukkan sayur raja dan tumis hingga sayur agak layu.
2. Masukkan santan. Kacau rata.
3. Perisakan dengan garam atau serbuk Secukup Rasa Maggi.
4. Matikan api dan boleh dihidangkan bersama nasi panas.
Rasa sayur raja ni macam daun bayam. Walau rupa daun sayur raja agak tebal tetapi amat lembut bila di kunyah. Buat resepi Goreng belacan pun sedap tu. Cubalah!
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
0 Comments